Tarikh Hari Raya Haji 2026 Aidiladha Di Malaysia

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan salah satu daripada perayaan yang diraikan oleh umat Islam. Sambutan Hari Raya Aidiladha bukan sahaja menandakan peristiwa penting sejarah Islam iaitu pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS tetapi juga menjadi momentum memperkukuhkan ikatan ukhwah dan semangat berkorban dalam kalangan masyarakat.

Proses Penetapan Tarikh Hari Raya Aidiladha

Dalam penetapan tarikh Hari Raya Aidiladha, pihak berwajib di Malaysia khususnya Jabatan Mufti Negeri dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menjalankan proses gabungan antara rukyah dan hisab. Rukyah melibatkan pemerhatian anak bulan Zulhijjah secara langsung di lokasi mencerap manakala hisab menggunakan pengiraan astronomi untuk meramalkan kedudukan bulan dan menentukan hari yang tepat.

Gabungan kedua-dua kaedah ini memastikan ketepatan menentukan tarikh sekali gus memberi jaminan kepada seluruh umat Islam di Malaysia mengenai hari yang bakal diraikan.

hari raya aidiladha

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2026

Keputusan rasmi berkenaan tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijjah akan diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja melalui siaran langsung sekitar jam 8 malam pada hari Ahad, 17 Mei 2026 bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447 Hijrah.

  • 1 Zulhijjah 1447 Hijrah = 18 Mei 2026 Masihi (Awal Zulhijjah)
  • 10 Zulhijjah 1447 Hijrah = 27 Mei 2026 Masihi (Hari Raya Aidiladha)

Sebarang maklumat kemaskini terkini, sila rujuk atau klik kepada judul pautan di bawah.

Tarikh-Tarikh Penting Islam 1447-1448H

Tarikh Penting Islam 1447-1448 Hijrah
Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan
Kebesaran Islam
27 Rejab 144717 Januari 2026Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1447 *19 Februari 2026Awal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadan 14477 Mac 2026Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1447 *21 Mac 2026Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 144718 Mei 2026Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1447 *27 Mei 2026Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 144817 Jun 2026Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144825 Ogos 2026Maulidur Rasul
Tarikh bertanda * akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Tentang Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha antara hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail AS sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT. Peristiwa ini mengajarkan umat Islam tentang pentingnya pengorbanan, keikhlasan dan kepatuhan kepada perintah Allah.

Selain aspek keagamaan, Hari Raya Aidiladha juga menjadi waktu berkumpul bersama keluarga, sahabat handai dan komuniti. Ia adalah detik menyebarkan kasih sayang membantu mereka yang memerlukan dan mempererat hubungan silaturahim. Di samping itu, ibadah korban yang dilakukan turut menanamkan nilai kesedaran sosial dan kemanusiaan dalam diri setiap individu.

Tarikh Dan Tempat Tengok Anak Bulan Zulhijjah 1447-2026

Tarikh melihat atau mencerap anak bulan Zulhijjah adalah pada lewat petang hari Ahad, 17 Mei 2026 bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah. Berikut adalah senarai lokasi atau tempat program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk lihat anak Bulan Zulhijah.

29 Lokasi Rasmi Cerapan Anak Bulan Zulhijjah
NegeriLokasi
PerlisMenara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis
KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar
Pulau PinangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
SelangorBukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Bukit Melawati, Kuala Selangor
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri SembilanKompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson
MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi
Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
JohorPontian Kecil
PahangBukit Tanjung Batu, Nenasi, Pekan
Menara 188, Kuantan
Gunung Brinchang, Cameron Highlands
TerengganuBukit Geliga, Kemaman
Bukit Besar, Kuala Terengganu
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Pulau Perhentian, Besut
KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
SarawakPusat Falak Miri
Teluk Batu, Bintulu
Teluk Bandung, Kuching
SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
LabuanMenara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."