Menunaikan solat fardhu lima waktu merupakan kewajipan tidak boleh diabaikan. Ia adalah asas keimanan dan rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mampu. Namun, selain daripada solat fardhu terdapat banyak amalan sunat dianjurkan untuk memperbanyakkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Salah satunya ialah solat sunat Dhuha.
Solat Sunat Dhuha
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan selepas terbit matahari dan sebelum matahari tegak di atas kepala iaitu kira-kira waktu tengah hari. Ia adalah sunnah mu’akkad (yang sangat digalakkan) sebagai satu doa dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ia membantu membersihkan hati dari sifat mazmumah, menambah amalan dan pahala serta membuka pintu rezeki yang melimpah.

Kelebihan Solat Dhuha
Mengamalkan solat Dhuha membawa banyak kelebihan yang tidak terhingga antaranya seperti berikut:
- Memperoleh Rezeki Yang Berlimpah
Solat Dhuha termasuk dalam kategori sedekah yang membawa keberkatan rezeki. - Menghapuskan Dosa
Solat Dhuha juga berfungsi sebagai penebus dosa dan kesilapan kecil yang dilakukan. Ia membantu membersihkan hati dan memperbaiki akhlak seseorang. - Mendekatkan Diri Kepada Allah
Melaksanakan solat sunat ini secara konsisten, hati menjadi tenang, jiwa menjadi lebih dekat dan sentiasa ingat kepada pencipta. - Mendapat Keberkatan Dunia dan Akhirat
Amalan ini membantu memperoleh keberkatan dalam kehidupan dunia dan ganjaran yang berterusan di akhirat.
Waktu Pelaksanaan Solat Dhuha
Solat Dhuha boleh dilakukan bermula dari selepas matahari terbit sepenuhnya (sekitar 15-20 minit selepas waktu Subuh) sehingga sebelum matahari tegak di atas kepala iaitu kira-kira waktu tengah hari.
Waktu terbaik ialah ketika matahari mula naik dan belum mencapai puncaknya lagi. Oleh itu, disarankan supaya tidak menunggu terlalu lama sehingga waktu hampir Zuhur.
Rumusan Solat Dhuha
Pelaksanaan solat sunat Dhuha tidak jauh berbeza dengan solat sunat yang lain. Berikut adalah rumusan panduan ringkas untuk melaksanakan solat Dhuha:
- Niat
Berniat dalam hati untuk menunaikan solat Dhuha dua, empat, enam atau sehingga dua belas rakaat bergantung kemampuan dan kesungguhan. - Bacaan Takbir
Mengangkat tangan sambil bertakbir dan membaca “Allahu Akbar”. - Bacaan Surah Al-Fatihah
Membaca Surah Al-Fatihah di setiap rakaat. - Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah
Membaca surah pendek atau ayat-ayat pilihan seperti Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas atau surah lain yang difikirkan baik. - Rukuk dan Sujud
Melaksanakan rukuk dan sujud seperti biasa. - Tamat Rakaat
Setelah dua rakaat, memberi salam. Jika ingin menambah lagi, lakukan sehingga mencapai jumlah rakaat yang ditetapkan. - Doa Setelah Solat
Disarankan berdoa selepas selesai solat Dhuha, memohon rezeki, keberkatan dan kebaikan dunia serta akhirat.

Cara Solat Dhuha Mudah Serta Bacaan Doa
Sembahyang sunat dhuha ini amat digalakkan kerana ia merupakan amalan yang membuka pintu-pintu rezeki agar seseorang itu dikurniakan kemurahan serta keberkatan rezeki. Selain itu, menunaikan solat sunat dhuha dapat memberikan ketenangan dalam diri dan memperoleh keampunan daripada Allah SWT.
Semoga panduan ini menjadi sumber motivasi dan panduan buat semua agar terus beribadah dan memperbanyakkan amalan sunat yang lain. Ingatlah, setiap amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah pasti akan mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat.
Jumlah Rakaat Disarankan
Solat Dhuha boleh dilakukan sebanyak dua, empat, enam atau sehingga dua belas rakaat. Sebaiknya, dilakukan secara berturut-turut dalam satu masa dan dalam jumlah yang mampu. Menunaikan secara konsisten akan memberi keberkatan dan manfaat yang berpanjangan.
Bilangan rakaat sembahyang dhuhanya boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat dan 1 salam, empat rakaat dan 2 salam, enam rakaat dan 3 salam, lapan rakaat dan 4 salam atau sehingga 12 rakaat dengan 6 salam (mengikut kemampuan).
Waktu Solat Sunat Dhuha
Terdapat dua kaedah dalam mengira waktu Dhuha iaitu seperti berikut:
Kaedah Pertama
Kaedah menentukan waktu Dhuha ialah dengan waktu Syuruk ditolak dengan waktu solat Subuh, kemudian dibahagi tiga dan seterusnya ditambah 15 minit sebagai Ihtiyati (berhati-hati).
Contoh
- Waktu Subuh : 5.41 pagi
- Waktu Syuruk : 7.04 pagi
- 7.04 pagi – 5.41 pagi = 123 minit
- 123 minit ÷ 3 = 41 minit
- 7.04 pagi + 41 minit = 7.45 pagi
- 7.45 pagi + 15 minit (Ihtiyati) = 8.00 pagi
- Oleh sebab itu, waktu Dhuha adalah pada jam 8.00 pagi
Kaedah Kedua
Menentukan waktu Dhuha ialah dengan menambahkan 25 minit lagi selepas waktu Syuruk.
Contoh
- Waktu Syuruk : 7.04 pagi
- 7.04 pagi + 25 minit = 7.29 pagi
- Oleh sebab itu, waktu Dhuha adalah jam 7.29 pagi
- Waktu Dhuha melaksanakan solat sunat tamat setengah jam sebelum waktu Zuhur.
Lafaz Niat Solat Sunat Dhuha

- Bahasa Rumi: Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.
- Maksudnya: Sahaja aku (اصلى) solat sunat dhuha 2 rakaat (رکعتين) kerana Allah ta’ala.
Tatacara Menunaikan Solat Sunat Dhuha
Rakaat Pertama
- Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Dianjurkan baca surah Asy-Syams (atau surah Al-Kafirun) ataupun surah pilihan lain.
- Rukuk dan Iktidal.
- Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.

Rakaat Kedua
- Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Dianjurkan membaca surah Ad-Dhuha (atau surah Al-Ikhlas).
- Rukuk dan Iktidal.
- Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
- Duduk Tahiyyat Akhir.
- Memberi salam.
- Membaca doa solat sunat dhuha.

Doa Solat Sunat Dhuha

Untuk lebih lagi kefahaman sila tonton: Video Panduan Solat Sunat Dhuha
Bacaan Rumi
اللّهُمَّ إِنَّ الضّحَاءَ ضَحَاؤُكَ
Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka
وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ
Walbahaa’a bahaa uka
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ
Waljamaala jamaaluka
وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ
Walquwwata quwatuka
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
Walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka
اللّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ
Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu
وَإِنْ كَانَ فِي اْلأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu
وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ
Wa’in kaana mu’assiron fayassirhu
وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
Wa’in kaana harooman fathohhirhu
وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
Wa’inkaana ba’idan faqorribhu
بِحَقِّ ضَحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin
Dalil Solat Sunat Dhuha
Nabi S.A.W. telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah R.A. agar tidak meninggalkan solat Dhuha melalui hadis bermaksud;”Kekasihku (Muhammad S.A.W.) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]


