Syaaban merupakan bulan sering kali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam mengenai amalan puasa sunat dan keutamaannya. Kini, kita sudah memasuki bulan Syaaban, bulan memperbanyakkan ibadah sebelum tibanya Ramadan.
Puasa Sunat Nisfu Syaaban
Secara bahasa Arab, Nisfu bermaksud setengah manakala Syaaban adalah nama bulan ke-8 dalam kalendar Hijrah. Maka, Nisfu Syaaban secara harfiah bermaksud setengah bulan Syaaban. Ia menandakan hari ke-15 dalam bulan ini.
Salah satu amalan sering diperkatakan dan diamalkan adalah puasa sunat Nisfu Syaaban iaitu puasa pada pertengahan bulan Syaaban dan hari seterusnya. Namun, terdapat kekeliruan dan pelbagai pandangan mengenai status dan hukum pelaksanaan puasa ini.
Walaupun terdapat hadis menyebutkan keutamaan hari Nisfu Syaaban, terdapat juga pandangan meragui atau tidak menggalakkan amalan berpuasa khusus pada hari tersebut. Oleh itu, setelah kami merujuk kepada sumber berautoriti mengenai perkara ini, jelas menunjukan bahawa puasa sunat Nisfu Syaaban dan selepasnya adalah dibolehkan.
- Rujukan: Jabatan Mufti Pulau Pinang – Hukum Puasa Sunat Nisfu Syaaban Dan Selepasnya
- Rujukan Hadis: Hukum Puasa Selepas Separuh Bulan Sya’ban
Video Penjelasan Hukum Puasa Selepas 15 Syaaban
Perbincangan Ulama Puasa Selepas 15 Sya’ban
Terdapat beberapa pandangan dan perbahasan dari ulama menunjukkan bahawa tidak semua puasa selepas 15 Syaaban dilarang secara mutlak. Antaranya:
- Puasa Wajib
Sekiranya puasa tersebut adalah qada’ puasa Ramadan atau kaffarah yang wajib maka ia dibenarkan dan tidak terikat dengan larangan tersebut. - Puasa Sunnah yang sudah biasa dilakukan sebelum 15 Syaaban
Jika seseorang itu telah membiasakan diri berpuasa sunnah seperti Isnin, Khamis atau puasa sunat lain sebelum 15 Syaaban, maka ia boleh diteruskan selepas hari tersebut. - Puasa yang baru mula dilakukan pada 15 Syaaban
Jika seseorang tidak pernah berpuasa sebelum ini dan mula berpuasa pada pertengahan bulan Syaaban, maka ulama membenarkan dan membolehkan berpuasa selepas 15 Syaaban.
Berdasarkan pandangan ulama dan hadis-hadis sahih, berikut adalah rumusan ringkasan hukum berkaitan puasa selepas 15 Syaaban:
- Puasa Sunat secara umum
Di bulan Syaaban adalah sunat dan digalakkan sehingga hari ke-15 Syaaban. - Puasa pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban)
Adalah dibolehkan dan mempunyai keutamaan tertentu. - Puasa sunat selepas 15 Syaaban
Iaitu dari 16 hingga 30 Syaaban adalah tidak digalakkan dan dianggap makruh kecuali dalam keadaan tertentu seperti puasa wajib (qada’ dan kaffarah) atau jika sudah biasa berpuasa sebelum itu. - Puasa wajib
Seperti qada’ dan nazar adalah dibenarkan sepanjang bulan Syaaban termasuk selepas 15 hari terakhir.
Lafaz Niat Puasa Sunat Syaaban
Niat merupakan elemen asas sangat penting dalam setiap pelaksanaan ibadah. Bagi ibadah puasa sunat pada bulan Syaaban, niat hendaklah dilakukan pada waktu malam sebelum terbit fajar. Berikut dikemukakan lafaz niat puasa sunat Syaaban yang tepat.

- Dalam Bahasa Arab:
Nawaitu Shauma Ghadin ‘An Adaa’i Sunnati Sya’bana Lillaahi Ta’Aala - Dalam Bahasa Rumi:
Sahaja aku berpuasa sunat Syaaban esok hari kerana Allah Taala.
Petikan Artikel Puasa Sunat Bulan Syaaban



