Tarikh Puasa Hari Arafah 2026 9 Zulhijjah Di Malaysia

Salah satu daripada puasa sunat yang paling istimewa dan penuh keberkatan adalah puasa pada hari Arafah juga dikenali sebagai Hari Wukuf.

Hari Arafah Atau Hari Wukuf

Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah berdasarkan kalendar Hijrah dan merupakan hari yang paling utama dalam ibadah haji. Ia adalah hari kemuncak ketika jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk melakukan wukuf yang dianggap sebagai puncak ibadah haji.

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, mereka digalakkan berpuasa sunat pada hari Arafah kerana kelebihan dan rahmat dikurniakan Allah SWT pada hari tersebut amat besar.

Puasa pada hari Arafah bukan sahaja menjadi amalan sunat yang dianjurkan tetapi juga merupakan peluang memohon pengampunan, memperbanyakkan doa dan meningkatkan keimanan.

wukuf arafah

Tarikh Puasa Arafah 1447H-2026M Di Malaysia

Berdasarkan kalendar Islam di Malaysia, tarikh 1 Zulhijjah ditetapkan pada 18 Mei 2026. Oleh itu, Hari Arafah atau Hari Wukuf akan berlangsung pada 26 Mei 2026 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Tarikh ini penting kerana ia menandakan hari keberkatan dan peluang yang perlu dimanfaatkan bagi umat Islam melaksanakan ibadah puasa sunat dan memperbanyakkan amal ibadah.

Tarikh Sebenar Puasa Sunat Hari Arafah 2026 Di Malaysia
PerkaraButiran
Tarikh Hijrah9 Zulhijjah 1447
Tarikh Masihi26 Mei 2026
  1. Sila Rujuk: Panduan Niat Puasa Sunat Hari Arafah
  2. Sila Rujuk: Pengisytiharan Rasmi Tarikh 1 Zulhijjah Dan Tarikh Hari Raya Haji

isu tarikh puasa arafah

Keberkatan Puasa Hari Arafah

Puasa pada hari Arafah mempunyai kelebihan yang besar menurut hadis Nabi Muhammad SAW. Rasulullah bersabda:

Diampunkan dosa tahun lalu dan dosa tahun akan datang bagi orang yang berpuasa pada hari Arafah. (Riwayat Muslim)

Rujukan: Hadis Puasa Hari Arafah

Ini menunjukkan bahawa puasa pada hari tersebut dapat membersihkan dosa-dosa kecil dan memberikan peluang meningkatkan keimanan serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu, puasa ini juga dikaitkan dengan doa yang makbul, keberkatan rezeki dan perlindungan daripada segala bahaya.

Cara Melaksanakan Puasa Sunat Hari Arafah

  • Niat Puasa Sunat
    Sebelum fajar, niatkan dalam hati untuk berpuasa sunat hari Arafah kerana Allah SWT.
  • Menunaikan Puasa
    Berpuasalah sepanjang hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari, menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa.
  • Berdoa dan Berzikir
    Perbanyakkan doa, zikir dan memperbanyakkan istighfar serta memohon keampunan Allah SWT.
  • Bersedekah dan Beramal Soleh
    Amalkan sedekah, membantu orang yang memerlukan dan memperbanyakkan amal ibadah lain sebagai pelengkap ibadah puasa.

Marilah kita manfaatkan peluang ini dengan mempertingkatkan keimanan, memperbanyakkan doa dan amal soleh. Semoga Allah SWT menerima ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan memberkati kehidupan kita di dunia dan akhirat. Aamin.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."