Sukan Malaysia atau SUKMA adalah sebuah acara kejohanan sukan terbesar peringkat kebangsaan yang menyatukan atlet muda berbakat dari seluruh pelosok tanah air Malaysia. Sebagai sebuah platform utama dalam pembangunan atlet muda, SUKMA bukan sekadar temasya sukan biasa, malah ia menjadi pentas penting yang mempertemukan generasi muda berbakat untuk menunjukkan bakat mereka dan mencipta sejarah dalam arena sukan negara.
SUKMA: Sejarah Penubuhan dan Objektif
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. SUKMA telah menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh peminat sukan seluruh rakyat Malaysia. Ia dilihat sebagai langkah strategik kerajaan dalam usaha membina asas kukuh untuk pembangunan sukan negara. Melalui penganjuran setiap dua tahun, temasya sukan ini memberi peluang kepada atlet muda dari pelbagai negeri untuk bersaing secara sihat, meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka, sekaligus memperkukuhkan lagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
Objektif utama penganjuran SUKMA adalah untuk mencungkil bakat baharu, memberi peluang kepada atlet muda memperlihatkan kebolehan mereka di pentas terbesar serta menyediakan mereka untuk melangkah ke arena antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia malah Sukan Olimpik. Ia juga berfungsi sebagai medan latihan yang sangat berharga, membentuk disiplin, semangat kesukanan dan nilai-nilai murni dalam kalangan atlet muda.
Platform Pembangunan Atlet Muda
SUKMA kejohanan ‘beraneka sukan’ (multi-sports competition) yang diadakan secara dwi tahunan bukan sekadar acara sukan biasa tetapi adalah medan pembangunan yang menyemai semangat kompetitif dan profesionalisme dalam kalangan atlet muda. Melalui kejohanan ini, mereka berpeluang dikenali oleh jurulatih, pengurus pasukan dan pihak penganjur yang seterusnya akan membantu mereka dalam aspek latihan, pemantauan dan pembangunan karier sukan.
Selain itu, penganjuran SUKMA turut memberi manfaat ekonomi dan sosial kepada negeri yang menjadi tuan rumah. Ia menarik kehadiran ribuan penonton, media dan penaja, sekaligus mempromosikan budaya dan identiti negeri yang bertindak selaku tuan rumah di mata nasional mahupun antarabangsa.
Rasional Logo Utama Sukan Malaysia (SUKMA)
Logo utama SUKMA, terdapat beberapa elemen utama yang tidak pernah diketepikan. Antaranya adalah simbol perpaduan yang sering digambarkan melalui unsur-unsur seperti rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang bersatu atau motif yang menggambarkan keserasian dan harmoni. Melalui elemen ini, temasya sukan ini menegaskan bahawa kejayaan sukan bukan sahaja tentang kemenangan di gelanggang tetapi juga tentang memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat Malaysia.
Selain itu, semangat kesukanan turut menjadi teras utama dalam reka bentuk logo. Simbol-simbol yang menggambarkan kekuatan, keberanian dan tekad seperti pingat, bendera atau bentuk-bentuk dinamik digunakan untuk menyampaikan mesej bahawa SUKMA adalah medan untuk mengasah bakat, menguji ketahanan mental dan fizikal atlet muda negara.
Tidak ketinggalan, identiti logo yang terserlah melalui penggunaan warna-warna kebangsaan yang ikonik seperti Biru, Merah dan Kuning. Warna-warna ini melambangkan semangat patriotisme, keberanian, kesucian dan kemakmuran negara. Untuk warna pada logo, Biru melambangkan semangat kesukanan yang tinggi, Merah simbol keberanian dan keazaman yang membara manakala kuning pula simbol kejayaan.
Logo Negeri Tuan Rumah SUKMA
Setiap kali berlangsungnya Sukan Malaysia (SUKMA), satu aspek penting yang tidak pernah gagal mencuri perhatian adalah logo rasmi, tema dan maskot yang mewakili temasya berprestij ini di negeri tuan rumah. Logo SUKMA bukan sekadar lambang visual tetapi ia adalah simbol yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia dan mencerminkan semangat kesukanan serta identiti negeri tuan rumah. Walaupun setiap edisi penganjuran membawa perubahan dalam reka bentuknya berdasarkan kreativiti negeri tuan rumah, elemen utama yang kekal adalah simbol perpaduan, semangat kesukanan dan jati diri Malaysia yang terserlah melalui warna-warna kebangsaan.
Senarai Negeri Juara SUKMA
Sejak edisi sulungnya, beberapa negeri seperti Selangor, Sarawak dan Terengganu sering muncul sebagai juara keseluruhan, memperlihatkan kekuatan dan keberkesanan program pembangunan atlet mereka. Kejayaan ini tidak datang secara kebetulan, malah hasil daripada sokongan berterusan kerajaan negeri, institusi pendidikan dan komuniti setempat yang komited dalam membina ekosistem sukan yang kukuh.
Kejayaan atlet-atlet yang muncul dari SUKMA bukan sahaja mencerminkan keberhasilan program pembangunan, malah memberi inspirasi kepada generasi muda lain untuk turut serta dan berusaha mencapai impian mereka.
Kedudukan Dan Jumlah Pungutan Pingat SUKMA Terkini
SUKMA adalah medan mencungkil bakat, membina jati diri dan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. Dengan setiap edisi, kejohanan dilihat ini mampu menyuntik semangat kebangsaan dan memperlihatkan keunikan budaya serta identiti Malaysia melalui sukan.
Melangkah ke hadapan, diharapkan SUKMA akan terus menjadi platform utama dalam melahirkan atlet bertaraf dunia, sekaligus meningkatkan pencapaian negara di arena sukan antarabangsa. Ia juga diharap akan mengekalkan semangat kesukanan, integriti dan nilai-nilai murni dalam kalangan atlet muda yang akan menjadi harapan negara di masa hadapan. Anda boleh mendapatkan perkembangan Sukan Malaysia di portal Mysumber serta ikuti juga perubahan serta pengumuman harga minyak secara mingguan yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Berikut ialah senarai kedudukan (Ranking / Pos.) setiap kontinjen negeri berdasarkan jumlah pungutan atau kutipan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih bagi semua acara yang disertai di SUKMA.
Carta Kutipan Pingat SUKMA XXI Sarawak 2024
No | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Sarawak | 76 | 55 | 70 | 201 |
2 | W.Persekutuan | 75 | 65 | 72 | 212 |
3 | Selangor | 56 | 64 | 61 | 181 |
4 | Pulau Pinang | 41 | 45 | 52 | 138 |
5 | Terengganu | 41 | 36 | 47 | 124 |
6 | Johor | 35 | 42 | 58 | 135 |
7 | Perak | 35 | 38 | 57 | 130 |
8 | Sabah | 29 | 36 | 55 | 120 |
9 | Pahang | 23 | 21 | 32 | 76 |
10 | Kedah | 21 | 19 | 28 | 68 |
11 | N.Sembilan | 19 | 13 | 24 | 56 |
12 | Melaka | 17 | 23 | 30 | 70 |
13 | Perlis | 12 | 15 | 16 | 43 |
14 | Kelantan | 7 | 13 | 17 | 37 |
15 | Brunei | 2 | 2 | 3 | 7 |
Carta Kutipan Pingat SUKMA XX MSN Lembah Klang 2022
No | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Johor | 77 | 52 | 43 | 172 |
2 | Terengganu | 64 | 49 | 56 | 169 |
3 | W.Persekutuan | 55 | 68 | 64 | 187 |
4 | Sarawak | 32 | 42 | 53 | 127 |
5 | Selangor | 31 | 55 | 44 | 130 |
6 | Sabah | 30 | 29 | 39 | 98 |
7 | Pulau Pinang | 30 | 28 | 42 | 100 |
8 | Perak | 28 | 27 | 47 | 102 |
9 | Pahang | 22 | 21 | 27 | 70 |
10 | N.Sembilan | 19 | 6 | 28 | 53 |
11 | Melaka | 17 | 11 | 23 | 51 |
12 | Kedah | 16 | 17 | 30 | 63 |
13 | Perlis | 6 | 7 | 10 | 23 |
14 | Kelantan | 3 | 8 | 10 | 21 |
15 | Brunei | 0 | 2 | 2 | 4 |
Carta Kutipan Pingat SUKMA XIX Perak 2018
No | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Terengganu | 56 | 51 | 53 | 160 |
2 | W.Persekutuan | 52 | 38 | 50 | 140 |
3 | Selangor | 47 | 68 | 67 | 182 |
4 | Sarawak | 42 | 36 | 60 | 138 |
5 | Perak | 37 | 50 | 55 | 142 |
6 | Pahang | 33 | 20 | 30 | 83 |
7 | Pulau Pinang | 32 | 30 | 31 | 93 |
8 | Sabah | 32 | 28 | 46 | 106 |
9 | Johor | 29 | 34 | 37 | 100 |
10 | Kedah | 19 | 20 | 29 | 68 |
11 | Melaka | 18 | 18 | 18 | 54 |
12 | N.Sembilan | 13 | 18 | 43 | 74 |
13 | Perlis | 12 | 7 | 13 | 32 |
14 | Kelantan | 6 | 7 | 13 | 26 |
15 | Brunei | 0 | 1 | 3 | 4 |
Carta Kutipan Pingat SUKMA XVIII Sarawak 2016
No | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Selangor | 59 | 73 | 63 | 195 |
2 | Sarawak | 57 | 43 | 59 | 159 |
3 | Terengganu | 47 | 42 | 44 | 133 |
4 | W. Persekutuan | 40 | 44 | 40 | 124 |
5 | Pahang | 30 | 25 | 22 | 77 |
6 | Pulau Pinang | 26 | 12 | 29 | 67 |
7 | Sabah | 25 | 37 | 38 | 100 |
8 | Johor | 19 | 25 | 31 | 75 |
9 | N. Sembilan | 19 | 12 | 30 | 61 |
10 | Melaka | 18 | 11 | 28 | 57 |
11 | Kedah | 14 | 10 | 23 | 47 |
12 | Perak | 12 | 26 | 34 | 72 |
13 | Kelantan | 10 | 12 | 13 | 35 |
14 | Perlis | 9 | 7 | 15 | 31 |
15 | Brunei | 0 | 1 | 3 | 4 |