Program pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kementerian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menawarkan peluang terbaik membentuk asas pendidikan dan perkembangan sosial, emosi serta fizikal anak-anak anda sejak usia dini. Penekanan kepada kurikulum standard pra-sekolah sepertimana digariskan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) setiap anak menerima pendidikan berkualiti bersesuaian dengan keperluan perkembangan mereka.
Kemasukan Taska, Tabika KEMAS
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) adalah dua kategori utama program ini:
- TASKA (2-4 Tahun)
Menyediakan penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun termasuk pemantauan kesihatan dan imunisasi. - TABIKA (4-6 Tahun)
Mengutamakan pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dengan keutamaan untuk mereka berumur 5 dan 6 tahun serta memenuhi syarat kewarganegaraan Malaysia.
Tarikh Permohonan Taska KEMAS 2027
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup akan dinyatakan dengan tepat sebaik sahaja hebahan pendaftaran dibuat.
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Dibuka | April/Mei 2026 |
| Ditutup | Julai/Ogos 2026 |
Syarat Dan Panduan Permohonan TABIKA KEMAS 2027
Permohonan pendaftaran ini terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia atau anak-anak mempunyai salah seorang ibu bapa berstatus warganegara.
Ibu bapa atau penjaga boleh memuat turun borang permohonan secara online melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ataupun mendapatkan borang permohonan di semua Tabika KEMAS yang berdekatan.
Sila muat turun: Borang Permohonan TABIKA / TASKA KEMAS 2027 (akan dikemaskini).
Setiap kelas di TASKA dan TABIKA mempunyai kapasiti terhad iaitu minimum 10 dan maksimum 30 orang kanak-kanak, bergantung kepada keluasan dalaman bilik darjah disediakan (3.5 meter per anak). Secara ideal, bilangan 25 kanak-kanak dalam satu kelas dianggap sebagai jumlah terbaik untuk memastikan suasana pembelajaran kondusif dan efektif.
Proses Permohonan Dan Dokumen Diperlukan
Bagi memudahkan proses permohonan, ibu bapa perlu mengisi borang yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi KEMAS dan menghantar dokumen lengkap ke Tabika pilihan mereka. Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan:
- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
- Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- Slip Gaji ibu dan bapa/penjaga.
- Dua (2) keping gambar berukuran passport kanak-kanak.
- Rekod kesihatan dan imunisasi kanak-kanak (jika ada masalah kesihatan).
Sila pastikan semua dokumen lengkap dan dihantar terus ke Tabika KEMAS berdekatan. Proses penilaian akan berlangsung dan pihak Jawatankuasa Pemilihan akan mengeluarkan surat jawapan sama ada permohonan diterima atau sebaliknya dalam tempoh tidak melebihi sebulan selepas tarikh tutup permohonan.
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, sila layari judul pautan berikut:
Menerusi pautan di atas, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap, tepat selain boleh mengelakkan sebarang kekeliruan maklumat berhubung dengan:
- Pengenalan
- Kumpulan Sasar
- Waktu Operasi TASKA / TABIKA KEMAS
- Yuran TASKA / TABIKA KEMAS
- Syarat-Syarat KEMASUKAN TASKA / TABIKA KEMAS
- Borang Permohonan TASKA / TABIKA KEMAS
- Senarai ALAMAT TASKA / TABIKA KEMAS di seluruh negeri di Malaysia
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini, sebarang pertanyaan atau bantuan, ibu bapa dan penjaga boleh terus merujuk kepada:
- Facebook: KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
- Laman web rasmi: https://www.kemas.gov.my
- Telefon: 03-8891 2682


