Salam sejahtera kepada semua ibu bapa, penjaga dan komuniti yang prihatin akan pembangunan awal kanak-kanak di Malaysia. Adakah anda sedang mencari peluang terbaik untuk mendaftarkan anak-anak ke TASKA atau TABIKA KEMAS bagi tahun 2026?. Berita baik! Tempoh permohonan telah dibuka mulai 25 Mei 2025 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2025. Pastikan anda tidak terlepas peluang ini kerana tempat adalah terhad dan borang permohonan pendaftaran kemasukan boleh diperoleh secara dalam talian (online) dengan mudah dan pantas.
Pendaftaran Permohonan Kemasukan Taska, Tabika KEMAS
Program pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kementerian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ini menawarkan peluang terbaik untuk membentuk asas pendidikan dan perkembangan sosial, emosi serta fizikal anak-anak anda sejak usia dini. Dengan penekanan kepada kurikulum standard pra-sekolah yang digariskan oleh Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK), setiap anak berpeluang menerima pendidikan berkualiti yang bersesuaian dengan keperluan perkembangan mereka.
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) adalah dua kategori utama program ini:
- TASKA (2-4 Tahun): Menyediakan penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun, termasuk pemantauan kesihatan dan imunisasi.
- TABIKA (4-6 Tahun): Mengutamakan pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, dengan keutamaan untuk mereka yang berumur 5 dan 6 tahun serta memenuhi syarat kewarganegaraan Malaysia.
Syarat Dan Panduan Permohonan TABIKA KEMAS 2026
Permohonan ini terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia atau anak-anak yang mempunyai salah seorang ibu bapa berstatus warganegara. Ibu bapa atau penjaga boleh memuat turun borang permohonan secara online melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ataupun mendapatkan borang permohonan di semua Tabika KEMAS yang berdekatan.
Sila muat turun: Borang Permohonan TABIKA / TASKA KEMAS 2026
Setiap kelas di TASKA dan TABIKA mempunyai kapasiti terhad, iaitu minimum 10 dan maksimum 30 orang kanak-kanak, bergantung kepada keluasan dalaman bilik darjah yang disediakan (3.5 meter per anak). Secara ideal, bilangan 25 kanak-kanak dalam satu kelas dianggap sebagai jumlah terbaik untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif.
Proses Permohonan dan Dokumen Diperlukan
Bagi memudahkan proses permohonan, ibu bapa perlu mengisi borang yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi KEMAS dan menghantar dokumen lengkap ke Tabika pilihan mereka. Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan:
- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak
- Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga
- Slip Gaji ibu dan bapa/penjaga
- Dua (2) keping gambar berukuran passport kanak-kanak
- Rekod kesihatan dan imunisasi kanak-kanak (jika ada masalah kesihatan)
Sila pastikan semua dokumen lengkap dan dihantar terus ke Tabika KEMAS berdekatan. Proses penilaian akan berlangsung dan pihak Jawatankuasa Pemilihan akan mengeluarkan surat jawapan sama ada permohonan diterima atau sebaliknya dalam tempoh tidak melebihi sebulan selepas tarikh tutup permohonan.
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, sila layari judul pautan berikut:
Menerusi pautan di atas, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap, tepat selain boleh mengelakkan sebarang kekeliruan maklumat berhubung dengan:
- Pengenalan
- Kumpulan Sasar
- Waktu Operasi TASKA / TABIKA KEMAS
- Yuran TASKA / TABIKA KEMAS
- Syarat-Syarat KEMASUKAN TASKA / TABIKA KEMAS
- Borang Permohonan TASKA / TABIKA KEMAS
- Senarai ALAMAT TASKA / TABIKA KEMAS di seluruh negeri di Malaysia
Tempoh Permohonan
- Dibuka: 25 Mei 2025
- Ditutup: 31 Ogos 2025
Kenapa Penting Melakukan Pendaftaran Awal?
Mempunyai anak yang mendapat peluang pendidikan awal yang berkualiti adalah satu pelaburan jangka panjang yang sangat berharga. Dengan mengikuti proses pendaftaran awal, ibu bapa berpeluang memastikan tempat anak mereka tidak terlepas dan dapat merancang keperluan pendidikan dengan lebih teratur. Selain itu, pendaftaran awal juga memberi peluang kepada anak-anak untuk menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri sebelum memasuki tahap pendidikan yang lebih tinggi.
Maklumat Penting dan Saluran Komunikasi
Untuk maklumat terkini, sebarang pertanyaan atau bantuan, ibu bapa dan penjaga boleh terus merujuk kepada:
- Facebook: KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
- Laman web rasmi: https://www.kemas.gov.my
- Telefon:03-8891 2682
Jangan tunggu lagi. Dengan tempoh pendaftaran yang ditawarkan ini, adalah peluang untuk memastikan anak-anak anda memperoleh pendidikan awal yang terbaik di bawah Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS. Segera muat turun borang, lengkapkan dokumen dan hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup.