Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah institusi pendidikan menjadi pilihan utama bagi pelajar bercita-cita mencapai kecemerlangan akademik. Ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), MRSM berfungsi sebagai Sekolah Berasrama Penuh memberikan penekanan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sejak penubuhannya, MRSM telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang yang telah menyumbang kepada pembangunan negara.
Semakan Tawaran MRSM 2026 Tingkatan 1 dan 4
Bagi calon-calon telah memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2026, sistem Semakan keputusan tawaran MRSM akan dibuka bermula pada tarikh merangkumi hari dan masa sepertimana diumumkan.

Tarikh Penting Semakan Tawaran MRSM 2026
Tarikh semakan keputusan tawaran kemasukan MRSM 2026 murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4 dijadualkan seperti berikut:
| Tawaran | Tarikh |
|---|---|
| Tingkatan 1 | 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 |
| Tingkatan 4 | |
| Tarikh Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2026 (Rayuan) | |
| Tingkatan 1 | 6 hingga 10 Februari 2026 |
| Tingkatan 4 | |
Penting untuk calon-calon dan ibu bapa mengambil maklum tarikh-tarikh ini. Sebagai makluman tarikh yang tepat dinyatakan sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
Cara Semakan Tawaran MRSM 2026
Calon-calon boleh menyemak keputusan tawaran kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 secara dalam talian (online) melalui laman web rasmi sistem semakan SPSKT dan MRSM. Berikut adalah langkah-langkah mudah membuat semakan. Sila layari Laman Web Rasmi Sistem Semakan Kemasukan MRSM di pautan (link) berikut:
| Pautan |
|---|
| Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my |
| Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my |
| Murid Dari Sekolah Swasta Tidak Derdaftar Dengan KPM |
| Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1 |
| Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4 |
Panduan Semakan
- Ruangan Semakan
Sila masukkan No. Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta. - Tekan Butang Semak
Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, tekan butang Semak untuk mendapatkan keputusan.
Sebarang pertanyaan atau masalah semasa proses semakan, calon boleh menghubungi pihak MRSM melalui maklumat yang tersedia di laman web tersebut.
Permohonan Rayuan MRSM 2026
Calon-calon yang tidak ditawarkan ke MRSM boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui pautan semakan tawaran MRSM yang sama.
| Tawaran | Tarikh |
|---|---|
| Tingkatan 1 | 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 |
| Tingkatan 4 | |
| Tarikh Semakan Rayuan MRSM (Keputusan Tawaran) | |
| Tingkatan 1 | 6 hingga 10 Februari 2026 |
| Tingkatan 4 | |
| Semakan keputusan rayuan boleh dibuat melalui pautan semakan di atas. | |
Maktab Rendah Sains MARA
MRSM bukan sahaja menawarkan pendidikan akademik berkualiti tetapi juga pelbagai aktiviti kokurikulum membantu membentuk sahsiah dan kemahiran sosial pelajar. Suasana belajar kondusif dan bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman, MRSM telah terbukti sebagai platform ideal untuk pelajar mencapai kejayaan.
Sejak penubuhannya, MRSM telah memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat-bakat muda negara. Pelbagai program khas ditawarkan seperti kelas sains dan teknologi, pelajar MRSM diberi peluang meneroka minat mereka dan mempersiapkan diri untuk cabaran masa depan.
Sokongan Ibu Bapa
Sebagai ibu bapa, adalah penting memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak dalam perjalanan pendidikan mereka. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan semakan keputusan tawaran MRSM sama ada mereka diterima atau tidak dan bersedia membantu anak-anak merancang langkah seterusnya.
Sekiranya anak anda tidak berjaya mendapatkan tempat di MRSM, ingatlah bahawa ini bukanlah pengakhiran. Terdapat banyak institusi pendidikan lain di luar sana juga menawarkan program berkualiti. Yang penting adalah terus memberi semangat dan sokongan kepada mereka agar tidak berputus asa demi mengejar cita-cita.


