Dalam dunia semakin berkembang pesat dan dipenuhi dengan cabaran global, keperluan terhadap insan holistik, inovatif, berintegriti dan berpengetahuan tinggi semakin mendapat perhatian. Seiring dengan aspirasi kerajaan dan MARA sendiri untuk melahirkan generasi muda berdaya saing dan berwawasan, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) muncul sebagai institusi pendidikan antara terbaik di Malaysia yang menawarkan pendekatan pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Melalui sistem pendidikan menyeluruh dan berfokuskan pembangunan sahsiah dan akademik, MRSM menjadi pilihan utama bagi bakal pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kecemerlangan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA
Sistem Pendidikan MRSM terdapat beberapa teras utama dalam kurikulumnya selaras dengan keperluan dunia moden yang semakin bergantung kepada inovasi teknologi dan penyelesaian masalah secara kritikal. Program-program ditawarkan tidak hanya menumpukan kepada aspek akademik semata-mata tetapi juga memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran berfikir secara kritis, kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara inovatif. Ini selaras dengan matlamat untuk melahirkan insan cemerlang yang mampu bersaing di peringkat global serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Suasana pembelajaran kondusif, tenaga pengajar berpengalaman dan sistem sokongan yang kukuh memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran terbaik. Pelajar juga berpeluang mengikuti pelbagai program pembangunan sahsiah, kemahiran kepimpinan serta aktiviti luar yang mampu meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan berdaya saing masing-masing.
Program Pendidikan yang Menyeluruh dan Bersepadu
Selain menekankan kurikulum kebangsaan, MRSM turut mengintegrasikan program-program lain yang mampu meningkatkan daya saing pelajar. Tidak hanya fokus kepada aspek akademik, MRSM juga menitikberatkan pembangunan sahsiah pelajar. Program-program kokurikulum yang pelbagai membentuk jati diri, kemahiran kepimpinan, kerjasama serta nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2026
MARA dengan penuh komitmen mempelawa calon-calon berpotensi tinggi untuk memohon kemasukan ke MRSM bagi tahun 2026. Permohonan adalah terbuka kepada calon-calon yang berminat serta memiliki sahsiah terpuji, jati diri kukuh serta cemerlang dalam akademik dan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pemilihan pelajar berkualiti ini adalah selaras dengan usaha untuk memastikan setiap pelajar bukan sahaja pandai dalam akademik malah memiliki keperibadian unggul dan mampu memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan negara.
Permohonan kemasukan secara online adalah terbuka kepada bakal pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dari seluruh Malaysia. Proses pemilihan akan melalui beberapa peringkat penilaian termasuk Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) serta penilaian lain yang ditetapkan.
Syarat Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan 4
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon dari sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Calon dari sekolah swasta tidak berdaftar KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Calon yang melepasi skor merit minimum PKSK/UKKM dan memilih Program Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA.
- Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama MRSM yang dipilih.
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi calon Tingkatan 1 2026 dan Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 4 2026.
- Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- (Penting!) Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ permohonan kemasukan.
Tarikh Bila Permohonan MRSM 2026
- Dibuka: 1 Ogos 2025
- Ditutup: 7 September 2025
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup sepertimana dinyatakan adalah tepat berdasarkan iklan permohonan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
Cara Buat Permohonan Online MRSM 2026 Tingkatan 1 Dan 4
Sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan MRSM, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan ke MRSM. Pautan pendaftaran pengguna (Daftar Pengguna) disertakan di laman sistem permohonan yang sama. Setelah berjaya mendaftar dan memperoleh kata laluan, pemohon boleh masuk ke dalam sistem borang permohonan MRSM secara dalam talian (online) dengan menggunakan kata laluan tersebut. Selesai langkah ini, pemohon dapat mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan dengan mudah dan lancar.
Pautan Sistem Borang Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan 4
Sistem Permohonan MRSM untuk kemasukan tahun 2026 akan dibuka dan diaktifkan bermula pada tarikh serta waktu yang akan dinyatakan.
- Laman Utama Sistem Permohonan: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
- Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
- Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
- Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
Dalam halaman utama sistem permohonan, calon-calon perlu menandakan perakuan permohonan dan klik butang setuju, seterusnya calon-calon akan dibawa ke halaman permohonan, pilih permohonan kemasukan masing-masing, sama ada Tingkatan 1 atau Tingkatan 4. Calon-calon dinasihatkan mendapatkan maklumat lengkap melalui Buku Panduan Permohonan MRSM dan FAQ Permohonan MRSM.
Info Penting:
Semua pemohon yang berada di Sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) atau pelajar yang bersekolah swasta berdaftar dengan KPM boleh melayari pautan di bawah untuk membuat permohonan kemasukan ke MRSM secara dalam talian.
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
Hanya calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dibawah Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja yang boleh membuat permohonan MRSM melalui: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Sila rujuk: Buku Panduan Permohonan MRSM dan FAQ Permohonan MRSM bagi mengelakkan sebarang kekeliruan maklumat.
Peringatan Permohonan
- Pemohon disarankan memahami dan meneliti senarai panduan yang disertakan dan perlu juga merujuk kepada maklumat sistem pendidikan MRSM sebelum melengkapkan butiran permohonan online.
- Ditegaskan, sila luangkan masa bagi memahami, meneliti dan membaca dahulu langkah-langkah untuk membuat permohonan.
- Saranan adalah bertujuan untuk mengelakkan pemohon daripada membuat sebarang kesilapan yang berpotensi menyebabkan permohonan akan ditolak.
- Sila ikuti arahan-arahan yang telah diberitahu dan apa tindakan selanjutnya melalui maklumat-maklumat yang disertakan dalam sistem permohonan online.
Maklumat Lanjut Tentang Permohonan
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan serta maklumat lanjut berkaitan Permohonan Kemasukan ke MRSM 2026, sila layari judul pautan di bawah:
- Facebook Rasmi Majlis Amanah Rakyat
- Laman Web Rasmi MARA; atau
- E-mel MRSM: pengambilanmrsm@mara.gov.my
- Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA:
03-26134533/ 16/ 17/ 78/ 65/ 34/ 39/ 40/ 37/ 31/ 32/ 34494/ 35073
(Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja)
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
Bagi kemasukan ke MRSM, calon diwajibkan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk menguji potensi serta minat calon dan perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki maktab yang dimohon. Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM melibatkan subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Ujian Keperibadian untuk mengenal pasti potensi calon dan minat.
Sebagai syarat tambahan, calon yang memohon MRSM program Ulul Albab adalah diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan selain calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan.