Harga minyak menjadi salah satu faktor penting mempengaruhi kehidupan seharian rakyat Malaysia. Minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel adalah bahan bakar utama digunakan oleh kenderaan di negara ini. Oleh itu, pemantauan dan perekodan harga runcit minyak petrol dan diesel adalah sangat penting.
Data Harga Runcit Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel
Rekod harga runcit minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel terkini di Malaysia boleh membantu individu dan perniagaan merancang kewangan selain memberikan sokongan kepada kerajaan untuk merumuskan dasar lebih berkesan selain pengguna dapat mengambil tindakan bijak dan proaktif apabila menghadapi cabaran kemungkinan timbul daripada perubahan harga minyak secara langsung.

Memudahkan Perancangan Kewangan Individu Dan Perniagaan
Membantu individu dan perniagaan dalam merancang kewangan mereka. Kenaikan harga minyak secara mendadak boleh memberi impak besar kepada bajet bulanan. Pengguna yang mempunyai akses kepada data terkini dapat merancang perbelanjaan mereka dengan lebih baik terutama bagi mereka bergantung kepada kenderaan untuk bergerak.
Bagi peniaga dan pemilik perniagaan, perubahan harga minyak juga memberi kesan kepada kos operasi. Dengan memantau harga runcit minyak mereka dapat membuat keputusan lebih baik dalam pengurusan kos dan menetapkan harga produk mereka.
Mengetahui Trend Dan Pola Harga
Melalui analisis data ini, pengguna dan penganalisis ekonomi dapat memahami faktor-faktor mempengaruhi harga minyak, termasuklah situasi global seperti ketegangan politik, perubahan dalam permintaan dan penawaran serta harga minyak mentah dunia. Pengguna dapat meramalkan kemungkinan perubahan harga di masa hadapan dan bersiap sedia untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.
Meningkatkan Kesedaran Dan Tindakan Pengguna
Berpandukan informasi tepat dan terkini, pengguna dapat membuat pilihan lebih bijak tentang penggunaan kenderaan mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin memilih untuk menggunakan kenderaan lebih efisien dalam penggunaan bahan bakar atau mempertimbangkan alternatif lain seperti pengangkutan awam jika harga minyak meningkat.
Pengguna berpengetahuan juga lebih cenderung untuk menyuarakan pendapat mereka kepada pihak kerajaan mengenai isu harga minyak, seterusnya dapat mempengaruhi dasar dan keputusan berkaitan dengan sektor ini.
Sokongan Kepada Dasar Kerajaan
Merumuskan dasar dan strategi berkaitan dengan tenaga dan ekonomi. Melalui pemantauan harga, kerajaan dapat mengambil langkah-langkah sesuai untuk melindungi pengguna daripada kesan negatif kenaikan harga minyak termasuklah menyediakan subsidi atau bantuan kepada golongan terjejas.
Di samping itu, data ini juga membantu dalam merancang pembangunan infrastruktur berkaitan pengangkutan dan tenaga memastikan bahawa Malaysia bergerak ke arah penggunaan sumber tenaga lebih mampan dan berkesan.
Menyokong Pertumbuhan Ekonomi
Kestabilan harga minyak adalah salah satu faktor penting dalam pertumbuhan ekonomi. Kenaikan harga minyak boleh menyebabkan inflasi seterusnya memberi kesan negatif kepada kuasa beli rakyat. Dengan memiliki data terkini mengenai harga minyak, pelabur dan peniaga dapat membuat keputusan lebih baik mengenai pelaburan dan strategi perniagaan mereka.
Kestabilan harga minyak juga membantu memastikan bahawa sektor pengangkutan, logistik dan perkilangan berjalan dengan lancar di mana ia merupakan tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Strategi Penetapan Dan Data Terkini Harga Minyak Malaysia
Sebagai rekod, kerajaan sebelum ini pernah melaksanakan harga Petrol dan Diesel secara mingguan bermula 29 Mac 2017 dan telah digantikan dengan penetapan harga minyak secara bulanan mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM) bermula 7 Jun 2018 lalu.
Sebelum ini Harga Petrol RON95 dan Diesel diberikan subsidi manakala Harga Petrol RON97 ditetapkan berdasarkan kepada harga pasaran semasa dan disemak secara bulanan bermula 1 September 2018. Namun, bermulai 1 Januari 2019 harga jualan runcit produk petroleum telah dikembalikan secara mingguan menggunakan “weekly managed float system”
Ini berikutan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika itu. Oleh itu, pengguna boleh menikmati perubahan harga petroleum yang lebih cepat selari dengan perubahan harga pasaran dunia. Jika harga minyak dunia terus menurun, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu. Namun jika harga minyak dunia naik, harga RON95 dan Diesel akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter dan RM2.18 masing-masing. Pengekalan harga ini adalah sehingga pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dijalankan pada 2019.
Sila Rujuk: Artikel Terbaharu Harga Petrol RON95 RON97 Minyak Diesel
Senarai serta jadual harga jualan runcit rekod bulanan dan mingguan Petrol RON95, RON97 dan Diesel disertakan ini dapat membantu pengguna membuat semakan perbandingan atau tinjauan harga terkini bagi setiap bahan api tersebut yang dijual di stesen minyak.
Berikut adalah senarai harga jualan runcit produk petroleum bagi Petrol RON95, RON97 dan Diesel yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Perincian Harga Minyak 30 Oktober Hingga 5 November 2025
- Harga Petrol RON95: BUDI95
Kekal Pada Paras RM1.99 Seliter; (Subsidi) - Harga Petrol RON95: Tanpa Subsidi
Kekal Pada Paras RM2.60 Seliter; (Tiada Perubahan) - Harga Petrol RON97
Naik 6 Sen Kepada Paras RM3.20 Seliter; (Perbandingan Harga Minggu Lalu). - Harga Diesel Semenanjung Malaysia
Naik 6 Sen Kepada Paras RM2.95 Seliter; (Perbandingan Harga Minggu Lalu). - Harga Diesel Sabah, Sarawak & Labuan
Kekal Pada Paras RM2.15; (Subsidi).
| Tempoh | RON95 | RON97 | DIESEL |
|---|---|---|---|
| 30 Sept – 8 Oktober | RM2.60 (RM1.99) | RM3.21 | RM2.93 (RM2.15) |
| 9 – 15 Oktober | RM2.60 (RM1.99) | RM3.18 | RM2.93 (RM2.15) |
| 16 – 22 Oktober | RM2.60 (RM1.99) | RM3.18 | RM2.93 (RM2.15) |
| 23 – 29 Oktober | RM2.60 (RM1.99) | RM3.14 | RM2.89 (RM2.15) |
| 30 Okt – 5 Nov | RM2.60 (RM1.99) | RM3.20 | RM2.95 (RM2.15) |
Catatan
- Harga dalam kurungan (RM1.99 – RON95 & RM2.15 – Diesel) adalah harga bersubsidi untuk bahan api di bawah Program BUDI95 dan Diesel bagi negeri Sarawak, Sabah & WP Labuan.
- Harga bagi seliter Petrol bukan dalam kurungan RON95 | RON97 dan Diesel merupakan harga pasaran semasa yang ditetapkan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
- Berkuat kuasa (efektif) bermula jam 12:01 awal pagi, Khamis 30 Oktober 2025 hingga tarikh 5 November 2025 (Rabu), jam 11:59 malam.
Catatan Data Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Diesel Terdahulu
Nota: Dalam kurungan () adalah harga bersubsidi untuk bahan api petrol RON95 bagi program bantuan BUDI MADANI RON95 dan Diesel bagi negeri Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.
| Tempoh | RON95 | RON97 | DIESEL |
|---|---|---|---|
| Harga Minyak Bulan September 2025 | |||
| 28 Ogos – 3 September | RM2.05 | RM3.16 | RM2.88 (RM2.15) |
| 4 – 10 September | RM2.05 | RM3.16 | RM2.88 (RM2.15) |
| 11 – 17 September | RM2.05 | RM3.18 | RM2.90 (RM2.15) |
| 18 – 24 September | RM2.05 | RM3.21 | RM2.93 (RM2.15) |
| 25 – 29 September | RM2.05 (RM1.99) | RM3.21 | RM2.93 (RM2.15) |
| Harga Minyak Bulan Ogos / September 2025 | |||
| 7 – 13 Ogos | RM2.05 | RM3.17 | RM2.94 (RM2.15) |
| 14 – 20 Ogos | RM2.05 | RM3.13 | RM2.90 (RM2.15) |
| 21 – 27 Ogos | RM2.05 | RM3.13 | RM2.85 (RM2.15) |
| 28 Ogos – 3 September | RM2.05 | RM3.16 | RM2.88 (RM2.15) |
| Harga Minyak Bulan Julai / Ogos 2025 | |||
| 3 – 9 Julai | RM2.05 | RM3.18 | RM2.85 (RM2.15) |
| 10 – 16 Julai | RM2.05 | RM3.18 | RM2.88 (RM2.15) |
| 17 – 23 Julai | RM2.05 | RM3.21 | RM2.91 (RM2.15) |
| 24 – 30 Julai | RM2.05 | RM3.21 | RM2.91 (RM2.15) |
| 31 Julai – 6 Ogos | RM2.05 | RM3.17 | RM2.91 (RM2.15) |
| Harga Minyak Bulan Jun / Julai 2025 | |||
| 5 – 11 Jun | RM2.05 | RM3.07 | RM2.74 (RM2.15) |
| 12 – 18 Jun | RM2.05 | RM3.07 | RM2.74 (RM2.15) |
| 19 – 25 Jun | RM2.05 | RM3.14 | RM2.81 (RM2.15) |
| 26 Jun – 2 Julai | RM2.05 | RM3.21 | RM2.88 (RM2.15) |
| Harga Minyak Bulan Mei / Jun 2025 | |||
| 1 – 7 Mei | RM2.05 | RM3.18 | RM2.88 (RM2.15) |
| 8 – 14 Mei | RM2.05 | RM3.10 | RM2.80 (RM2.15) |
| 15 – 21 Mei | RM2.05 | RM3.07 | RM2.77 (RM2.15) |
| 22 – 28 Mei | RM2.05 | RM3.10 | RM2.80 (RM2.15) |
| 29 Mei – 4 Jun | RM2.05 | RM3.10 | RM2.77 (RM2.15) |
| Harga Minyak Bulan April 2025 | |||
| 3 – 9 April | RM2.05 | RM3.33 | RM3.03 (RM2.15) |
| 10 – 16 April | RM2.05 | RM3.28 | RM2.98 (RM2.15) |
| 17 – 23 April | RM2.05 | RM3.18 | RM2.88 (RM2.15) |
| 24 – 30 April | RM2.05 | RM3.18 | RM2.88 (RM2.15) |
| Harga Minyak Bulan Mac / April 2025 | |||
| 6 – 12 Mac | RM2.05 | RM3.38 | RM3.13 (RM2.15) |
| 13 – 19 Mac | RM2.05 | RM3.28 | RM3.06 (RM2.15) |
| 20 – 26 Mac | RM2.05 | RM3.28 | RM3.03 (RM2.15) |
| 27 Mac – 2 April | RM2.05 | RM3.28 | RM3.03 (RM2.15) |
| Harga Minyak Bulan Februari / Mac 2025 | |||
| 6 – 12 Feb | RM2.05 | RM3.43 | RM3.18 (RM2.15) |
| 13 – 19 Feb | RM2.05 | RM3.43 | RM3.18 (RM2.15) |
| 20 – 26 Feb | RM2.05 | RM3.43 | RM3.18 (RM2.15) |
| 27 Feb – 5 Mac | RM2.05 | RM3.43 | RM3.18 (RM2.15) |
| Harga Minyak Bulan Januari / Februari 2025 | |||
| 2 – 8 Jan | RM2.05 | RM3.28 | RM2.98 (RM2.15) |
| 9 – 15 Jan | RM2.05 | RM3.33 | RM3.03 (RM2.15) |
| 16 – 22 Jan | RM2.05 | RM3.38 | RM3.08 (RM2.15) |
| 23 – 29 Jan | RM2.05 | RM3.43 | RM3.13 (RM2.15) |
| 30 Jan – 5 Feb | RM2.05 | RM3.43 | RM3.18 (RM2.15) |


