Lesen e-Hailing 2026: Tempoh Pembaharuan & Kadar Fi LKM

Bermula 30 Januari 2026, Lesen e-Hailing (LKM) kini boleh diperbaharui dalam tempoh lebih fleksibel iaitu dari satu bulan sehingga maksimum 12 bulan berbanding sebelum ini yang terhad kepada 6 atau 12 bulan sahaja.

Pembaharuan LKM Kenderaan e-Hailing

Industri e-hailing di Malaysia telah menjadi tulang belakang mobiliti harian rakyat dengan ramai pemandu dan pengusaha bergantung kepada lesen yang sah bagi memastikan operasi berjalan lancar. Namun, kekangan dari segi tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebelum ini terhad kepada 6 atau 12 bulan sering menimbulkan cabaran dari segi kewangan dan pengurusan masa.

Pengenalan pembaharuan secara fleksibel ini, pemandu dan pengusaha dapat menyesuaikan tempoh pembaharuan mengikut keperluan operasi serta bajet mereka.

Butiran Pembaharuan Fleksibel Dan Kadar Fi Terkumpul

Tempoh Pembaharuan Fleksibel (1-12 Bulan)

Pemilik kenderaan e-hailing kini mempunyai pilihan memperbaharui LKM selama satu bulan sahaja atau sehingga 12 bulan mengikut keperluan mereka. Sebagai contoh, pemandu yang ingin menyelaraskan tarikh luput insurans dan permit EVP kini boleh memilih tempoh paling sesuai tanpa perlu terbeban dengan tempoh tetap.

Kadar Fi Terkumpul

Kadar fi bagi tempoh 1 hingga 5 bulan tidak akan melebihi kadar bayaran untuk tempoh 6 bulan. Walaupun pemandu memilih membayar secara bulanan atau dalam tempoh singkat, mereka tidak akan dikenakan caj tambahan berbanding pembaharuan untuk tempoh lebih panjang.

Pematuhan Terus Dikuatkuasakan

Pembaharuan ini tetap tertakluk kepada syarat-syarat utama seperti status sah EVP, laporan pemeriksaan PPKM terkini dan insurans yang masih aktif. Kenderaan yang ingin memperbaharui lesen mesti memenuhi semua keperluan ini supaya operasi dapat berjalan lancar dan mematuhi peraturan.

Kenyataan Media Kementerian Pengangkutan

kenyataan media kementerian pengangkutan

kadar fi lkm

fi lkm kenderaan ehailing

Sebarang mengetahui maklumat lanjut lebih terperinci mengenai Lesen e-Hailing dan tempoh pembaharuan dan kadar fi LKM terkini, sila layari:

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."