Semakan Keputusan STPM 2025 Semester 1 Online dan SMS

Semakan keputusan STPM 2025 Semester 1 Online dan SMS. Semakan result Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Sem 1 S1/ Penggal 1 (P1) tahun 2025

Calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 1 (S1) dahulunya dikenali sebagai Penggal (P1) bagi tahun 2025 boleh membuat penyemakan keputusan masing-masing bermula pada 20 Mac 2025 bersamaan hari khamis

Sebagai makluman, terdapat dua kaedah semakan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kepada calon iaitu semakan secara Online ataupun SMS untuk mendapatkan keputusan STPM Semester 1 (S1) tahun 2025

Berikut MYsumber sertakan maklumat penting berhubung dengan semakan keputusan peperiksaan Semester 1 STPM bagi tahun 2025

Semakan Keputusan (Result) Semester 1 (S1) STPM 2025 Secara Online Dan SMS

Maklumat Pengumuman Dan Semakan Keputusan (Result) S1 STPM 2025 dikongsikan di bawah

Tarikh Semakan 

  • 20 Mac 2025 bermula jam 1000 pagi (Khamis)

Tarikh yang rasmi seperti pengumuman oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan S1 STPM 2025 Secara Online

Sistem semakan online bagi keputusan S1 STPM 2025 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan

Sila masukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang tersedia di laman sistem aplikasi semakan tersebut

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server. Anda dinasihatkan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak

Semakan Keputusan Semester 1 STPM 2025 Menggunakan Perkhidmatan mySMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut

Taip : STPM (jarak) RESULTS1 (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888

  • Contoh : STPM RESULTS1 960224136414 Dan Hantar Ke 15888

Semakan-Keputusan-STPM-Semester-1-2025

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan http://www.mpm.edu.my

Kongsi Artikel