Semakan Keputusan SBP 2026 Tawaran Tingkatan 1 & 4 E-Rayuan

Sekolah Berasrama Penuh adalah salah satu institusi pendidikan elit terkenal dengan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan pelajarnya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaktifkan sistem semakan dalam talian (online) untuk mereka yang terlibat dengan permohonan sebelum ini menyemak tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus bagi SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi akademik 2026.

Semakan Tawaran SBP 2026 Tingkatan 1 dan 4

Bagi calon-calon telah memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2026, sistem Semakan keputusan tawaran Sekolah Khusus untuk SBP akan dibuka bermula pada tarikh merangkumi hari dan masa sepertimana diumumkan.

keputusan sbp 2026

Tarikh Penting Semakan Tawaran SBP 2026

Tarikh semakan keputusan tawaran kemasukan SBP 2026 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4  dijadualkan seperti berikut:

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran SBP 2026
TawaranTarikh
Tingkatan 126 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026
Tingkatan 4
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran SBP 2026 (Rayuan)
Tingkatan 16 hingga 10 Februari 2026
Tingkatan 4

Penting untuk calon-calon dan ibu bapa mengambil maklum tarikh-tarikh yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Semakan Tawaran SBP 2026

Calon-calon yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan tawaran kemasukan SBP secara online melalui laman web rasmi sistem semakan SPSKT KPM. Berikut adalah langkah-langkah mudah membuat semakan. Sila layari Laman web rasmi Sistem Semakan Kemasukan Sekolah Khusus KPM di pautan (link) berikut:

Pautan Semakan Tawaran SBP
Pautan
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

Panduan Semakan

  1. Ruangan Semakan: Sila masukkan No. Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta.
  2. Tekan Butang Semak: Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, tekan butang Semak bagi mendapatkan keputusan.

Sebarang pertanyaan atau masalah semasa proses semakan, calon boleh menghubungi pihak KPM melalui maklumat yang tersedia di laman web tersebut.

Permohonan Rayuan SBP 2026

Calon-calon yang tidak ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui pautan semakan tawaran SBP yang sama.

Tarikh Penting Rayuan SBP 2026
TawaranTarikh
Tingkatan 126 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026
Tingkatan 4
Tarikh Semakan Rayuan SBP 2026 (Keputusan Tawaran)
Tingkatan 16 hingga 10 Februari 2026
Tingkatan 4
Semakan keputusan rayuan boleh dibuat melalui pautan semakan di atas.

Sekolah Berasrama Penuh KPM

Sekolah Berasrama Penuh KPM terkenal dengan kurikulum menyeluruh, suasana pembelajaran kondusif dan peluang membina sahsiah diri. Pelajar SBP berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti kokurikulum, program kepimpinan dan pendedahan berterusan yang mampu melahirkan pemimpin masa depan cemerlang sekali gus membentuk individu holistik dan berkualiti.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."