Calon ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1 tahun 2025 boleh membuat semakan serta mendapatkan keputusan MUET masing-masing lazimnya pada pertengahan tahun.
Calon juga boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan setelah membuat semakan keputusan Malaysia University English Test (MUET)
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan memaklumkan tarikh sebenar (rasmi) keputusan MUET sesi 1 2025 dikeluarkan pada hari bekerja menerusi portal rasmi MPM yang akan dikemaskini di bawah.
Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2025 Secara Online Dan SMS
Dalam pada itu, calon yang berkenaan boleh juga mendapatkan maklumat bila tarikh Result MUET akan dikeluarkan serta kaedah yang disediakan untuk membuat semakan iaitu secara aplikasi atas talian (online) dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), sila rujuk kepada ruangan yang disediakan seperti berikut
Tarikh Rasmi Keputusan (Result) Malaysian University English Test (MUET) Sesi 1 2025 Diumumkan
Tarikh ujian MUET boleh disemak yang dinyatakan adalah tarikh RASMI seperti makluman Portal MPM:
- Semakan Dibuka : 19 Jun 2025, 10 pagi (Khamis)
Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Online MUET Result
Sistem semakan hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan
Semakan secara atas talian (online) atau SMS boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi
Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
Anda dinasihatkan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak hari keputusan peperiksaan MUET
Berikut adalah infografik rasmi tarikh keputusan MUET Sesi 1 2025 yang dikongsikan oleh MPM untuk rujukan
Semakan Keputusan Menggunakan Perkhidmatan SMS
Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut
Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan seterusnya hantar ke 15888
Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperolehi boleh membuat permohonan rayuan penyemakan semula. Permohonan rayuan penyemakan semula akan dikenakan caj sebanyak RM90.00 dalam tempoh permohonan dibuka manakala selepas tarikh tutup permohonan adalah sebanyak RM100.00. Bayaran permohonan adalah secara perbankan internet.
Permohonan akan dibuka bermula 19 Jun 2025 pukul 10:00 pagi hingga 23 Jun 2025 pukul 11:30 malam.
Permohonan secara dalam talian boleh dibuat pada pautan berikut:
Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak selepas 20 hari dari tarikh tutup permohonan. MPM hanya akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.
Sebarang keterangan dan maklumat lanjut cara semak keputusan MUET dan penyemakan semula keputusan ujian adalah dengan sewajarnya melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM):