Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2025 Online dan SMS

Semakan keputusan MUET Sesi 2 2025 Online dan SMS. Tarikh Keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diumumkan pada Oktober

Calon ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 2 2025 boleh membuat semakan serta mendapatkan keputusan MUET 2025 (Sesi 2) masing-masing pada bulan Oktober jika berdasarkan kepada rekod keputusan tahun-tahun sebelumnya

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan memaklumkan tarikh sebenar (rasmi) keputusan MUET sesi 2 2025 dikeluarkan menerusi portal rasmi MPM serta laman sosial rasmi

Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2025 Secara Online Dan SMS

Dalam pada itu, calon yang berkenaan boleh juga mendapatkan maklumat bila tarikh rasmi Result MUET Sesi 2 2025 akan dikeluarkan serta kaedah yang disediakan untuk membuat semakan iaitu secara aplikasi atas talian  dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), sila rujuk kepada ruangan yang disediakan di bawah

Tarikh Semakan

  • Semakan Dibuka : 15 Oktober 2025
  • Jam : 1000 pagi

Sistem Aplikasi Semakan Online MUET Sesi 2 2025 Result 

1. Sistem aplikasi semakan Ujian MUET bagi sesi 2 2025 akan diaktifkan pada 15 Oktober 2025

Semakan secara atas talian (online) boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi

2. Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

3. Calon disarankan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak

Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2025 Secara SMS

Semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut:

  • Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan dan SMS ke 15888
  • Contoh: MUET RESULT 931029084444 sms ke 15888

Semakan secara SMS boleh dibuat selepas jam 10:01 pagi

Keputusan Ujian MUET Sesi 2 2025

Keputusan ujian MUET bagi calon sekolah / institusi juga akan dihantar kepada Pengetua sekolah / institusi yang berkenaan melalui SPP JPN. Manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar kepada calon melalui pos

Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian.

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu secara atas talian seperti panduan yang dikongsikan di bawah ini:-

Permohonan akan dibuka mengikut sesi seperti berikut :-

  • Rayuan sesi 1 2025 : bermula 19 Jun 2025 pukul 10:00 pagi hingga 23 Jun 2025 pukul 11:30 malam
  • Rayuan sesi 2 2025 : bermula 15 Oktober 2025 pukul 10:00 pagi hingga 19 Oktober 2025 pukul 11:30 malam

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan berikut :-

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan. Caj bagi rayuan penyemakan semula dalam tempoh permohonan dibuka ialah RM90.00 manakala selepas tarikh tutup permohonan ialah sebanyak RM100.00
  2. Permohonan adalah secara dalam talian di portal MPM atau pautan terus di MPM MECEA.
  3. Bayaran bagi permohonan ini adalah secara perbankan internet.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM atau pautan terus di STATUS selepas 20 hari dari tarikh tutup permohonan. MPM hanya akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM selepas 20 hari dari tarikh tutup permohonan. Hanya calon yang berubah keputusan sahaja MPM akan mengeluarkan sijil MUET yang baharu.

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut adalah dengan sewajarnya melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan https://www.mpm.edu.my

Kongsi Artikel