Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2025 Tawaran IPMA

Semakan keputusan IKM KKTM MJII 2025 tawaran IPMA. Semakan tawaran permohonan online Institut Pendidikan Mara (IPMa) KPM IKM KKTM MJII tahun 2025

Calon-calon (pemohon) yang telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pendidikan atau kemahiran di Institut Pendidikan Mara (IPMa) boleh membuat semakan status permohonan secara atas talian atau online (keputusan ipma

Terdahulu, Unit Pusat Institusi Mara (UPIM) telah membuka permohonan secara online kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Mara- Japan Industrial Institute (MJII) bagi pengambilan sesi Januari dan Julai 2025

Apa itu IPMA?

IPMA adalah Institut Pendidikan MARA (IPMa) yang terdiri daripada pelbagai institusi tempat pengajian yang boleh dimohon. Antaranya termasuklah Institusi Pendidikan Teknikal & Vokasional (TVET) MARA iaitu Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahian MARA (IKM)

Bidang pengajian IPMA

IPMA menerusi beberapa buah institusi seperti KKTM, MJII dan IKM menyediakan pelbagai jenis pengajian bermula daripada kursus dan sijil sehingga ke tahap Diploma. Bidang pengajiannya difokuskan kepada kemahiran teknikal dan vokasional seperti kejuruteraan elektronik dan banyak lagi

Semakan Keputusan Permohonan IKM KKTM MJII 2025 Tawaran IPMA

Berikut adalah maklumat berkaitan antaranya tarikh rasmi serta pautan (link) untuk tujuan semakan status permohonan / tawaran bagi setiap Institut mengikut permohonan calon bagi sesi 2025

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan KKTM MJII IKM Sesi Januari 2025

  • Semakan Dibuka : 18 November 2024
  • Semakan Ditutup : 6 Disember 2024

Tarikh Semakan Rayuan Permohonan KKTM MJII IKM Sesi Januari 2025

  • Semakan Dibuka : –
  • Semakan Ditutup : –

Sistem Aplikasi Saluran Semakan IKM KKTM MJII 2025

Untuk membuat semakan tawaran dan keputusan kemasukan IKM KKTM MJII :

Sistem aplikasi semakan hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi seperti yang telah dinyatakan

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan KKTM MJII IKM Sesi Julai 2025

i) Melalui Saluran UP-TVET

  • Semakan Dibuka : 11 Jun 2025, jam 500 petang
  • Semak Tawaran di Emel pemohon yang berdaftar di UP-TVET

ii) Melalui Portal TVET MARA

  • Semakan Dibuka : 18 Jun 2025, jam 300 petang
  • Semak Tawaran di TVET MARA

Sistem Aplikasi Saluran Semakan IKM KKTM MJII Sesi Julai 2025

Sistem aplikasi semakan hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi seperti yang telah dinyatakan

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi TVETMARA melalui judul pautan di bawah

Kongsi Artikel