Semakan Keputusan PISMP 2025 Calon Guru IPG SPM STPM Setaraf

Semakan Keputusan PISMP 2025 Calon Guru IPG SPM, STPM, STAM & Matrikulasi. Keputusan UKCG, temuduga dan status tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada calon-calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta lepasan Program Matrikulasi untuk memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2025 di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan.

Keputusan Tawaran PISMP: Proses dan Pemilihan

Calon yang telah membuat permohonan PISMP perlu memahami bahawa proses pemilihan bukanlah semudah mengisi dan melengkapkan borang permohonan. Sebaliknya, mereka perlu melalui beberapa peringkat tapisan yang ketat. Proses ini bertujuan untuk memastikan hanya calon yang benar-benar layak dan berkualiti yang akan diterima masuk ke dalam program pendidikan ini.

Antara langkah awal yang perlu diambil oleh calon adalah untuk mengikuti kalendar aktiviti yang telah ditetapkan oleh KPM. Kalendar ini memaparkan tarikh penting dan aktiviti yang perlu dilalui oleh calon dari permohonan hingga ke keputusan akhir (tawaran).

Tahap-Tahap Pemilihan Calon PISMP

  1. Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
    Salah satu langkah pertama yang perlu dilalui adalah Ujian Kelayakan Calon Guru. Ujian ini bertujuan untuk mengukur potensi dan kemampuan calon dalam bidang pendidikan. Calon yang berjaya dalam ujian ini akan diteruskan ke peringkat seterusnya.
  2. Temu Duga
    Bagi calon yang lulus UKCG, mereka akan dipanggil untuk sesi temu duga. Temu duga ini adalah kesempatan bagi calon untuk menunjukkan minat dan motivasi mereka dalam bidang perguruan serta kemampuan interpersonal yang penting dalam profession ini.
  3. Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
    Selain daripada ujian akademik dan temu duga, calon juga perlu menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. Ini adalah penting kerana seorang guru perlu berada dalam keadaan fizikal yang baik untuk menjalankan tanggungjawab mereka di dalam bilik darjah.

Peringkat Semakan Keputusan Dan Tawaran Berjaya PISMP 2025

Setelah melalui semua peringkat pemilihan, calon boleh membuat semakan status permohonan mereka. Semakan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal rasmi sistem permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sepertimana yang telah dibuat sebelum ini. Calon perlu memastikan mereka mengikuti setiap langkah yang dinyatakan dalam kalendar aktiviti untuk tidak terlepas sebarang maklumat penting mengenai permohonan mereka.

Berikut adalah peringkat-peringkat semakan sama ada pemohon layak mendapat tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi ambilan tahun 2025.

Semakan Layak Ujian kelayakan Calon Guru (UKCG)

Semakan layak menduduki e-UKCG bagi permohonan kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) tahun 2025.

  • Tarikh Semakan
    19 Mac 2025 (Rabu), jam 2 petang.

Cara Membuat Semakan UKCG

  • Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem (Semakan UKCG) yang terdapat di laman Sistem Permohonan PISMP di pautan: https://pismp.moe.gov.my
  • Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan nama calon berjaya untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).

Calon yang terpilih mesti menduduki dan lulus Ujian Kelayakan Guru (UKCG) sebelum layak untuk ke peringkat tapisan seterusnya iaitu Temuduga.

Tarikh Pelaksanaan Ujian kelayakan Calon Guru (UKCG)

  • 24 – 28 Mac 2025
  • 7 – 11 April 2025

Semakan Layak Temuduga (TD) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

Cara Membuat Semakan Panggilan Temuduga Dan UKF PISMP

  • Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Sistem Permohonan PISMP.
  • Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan nama calon berjaya untuk Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal.

Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat panggilan temu duga, borang butiran diri. Semasa menghadiri temuduga pada tarikh ditetapkan, sila bawa bersama surat panggilan temu duga, borang butiran diri yang telah dilengkapkan dan sijil akademik / kokurikulum.

Pelaksanaan Temuduga (TD) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

  • 19 – 23 Mei 2025
  • 26 – 30 Mei 2025
  • 3 – 4 Jun 2025

Semakan Keputusan Permohonan Dan Tawaran PISMP 2025

keputusan pismp ipg 2025

  • Tawaran 1 Lepasan SPM
    Tarikh Semakan: 19 Jun 2025 (jam 2:00 petang).

Semakan tawaran untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Tahun 2025 boleh mula dibuat mulai 19 Jun 2025 (Khamis), jam 2:00 petang.

Cara Membuat Semakan Tawaran PISMP & PPC

  • Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Sistem Permohonan PISMP.
  • Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan nama calon berjaya.

tawaran pismp 2025 spm

  • Tawaran 2 Lepasan STPM, STAM & Matrikulasi
    Tarikh Semakan: 28 Julai 2025

Pendaftaran Calon Berjaya PISMP

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan).

  • Tarikh Pendaftaran: 11 Ogos 2025

Rujukan Kalendar Aktiviti

Bagi memastikan calon tidak terlepas pandang pada sebarang tarikh penting, adalah disarankan untuk merujuk kepada kalendar aktiviti yang disediakan. Tarikh dan aktiviti yang terdapat dalam kalendar ini mungkin tertakluk kepada pindaan semasa, jadi calon perlu sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini dari KPM.

tarikh penting ipg 2025 terkini

Kongsi Artikel