Individu warganegara Malaysia yang berkelayakan serta mempunyai minat dalam bidang kemahiran merangkumi sektor perindustrian yang terdapat dalam negara adalah diperlawa membuat permohonan kemasukan bagi mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan di Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) ambilan Sesi 1 dan 2 2025.
Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
Konsep latihan di ILKBS adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya meliputi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan / rekreasi dan khidmat masyarakat
Permohonan ILKBS (IKBN) Sesi 1 & 2 2025 Online Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) atau IKBN boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi yang akan dibuka kepada capaian pemohon
Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti prosedur cara untuk membuat permohonan, tarikh dibuka dan syarat umum kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) untuk pengambilan Januari tahun 2025 serta Julai 2025.
Tarikh Permohonan Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan Sesi 1 2025
- Dibuka : 1 Oktober 2024
- Ditutup : 15 November 2024
Sila rujuk kepada maklumat tarikh-tarikh penting kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 seperti di bawah :
Bil | Perkara | Tarikh | Tindakan | ||||
1. | Sistem permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup | 1/10/2024 hingga 15/11/2024 | Pemohon | ||||
2. | Panggilan temuduga | 25/11/2024 – 6/12/2024 | Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja (Lepasan SKM/ ST/ DKM) | ||||
3. | Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 | 9/12/2024 | Pemohon | ||||
4. | Pengesahan terima atau tolak tawaran ke ILKBS | 9/12/2024 – 5/1/2025 | Pemohon yang berjaya | ||||
5. | Permohonan rayuan | — | Pemohon yang tidak berjaya | ||||
6. | Semakan keputusan rayuan | — | Pemohon | ||||
7. | Pendaftaran pelajar baharu Sesi 1 2025 | 3/2/2025 | Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) |
Maklumat tarikh dan perkara penting bagi kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila layari Portal rasmi eKampus untuk keterangan lanjut
Mekanisme Permohonan Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan
Permohonan Online ILKBS Sesi 1 2025
Manual Pengguna :
*Nota:
Permohonon kemasukan program latihan kemahiran di Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) bagi pengambilan sesi Januari 2025 adalah percuma tidak perlu sebarang pembelian nombor pin dan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan Sistem Aplikasi eKampus
Pemohon baharu perlu mendaftar sebagai pengguna sistem berkenaan bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya
Selain membuat permohonan online, pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut yang terdapat dalam portal rasmi sistem eKampus
Permohonan ILKBS (IKBN) Julai 2025 Online Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan
Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti prosedur cara untuk membuat permohonan, tarikh dibuka dan syarat umum kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) untuk pengambilan Julai tahun 2025
Tarikh Permohonan Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan Sesi 2 2025
- Dibuka : 14 April 2025
- Ditutup : 30 Mei 2025 (kursus bertemuduga) 15 Jun 2025 (kursus tanpa temuduga)
Sila rujuk kepada maklumat tarikh-tarikh penting kemasukan ke ILKBS sesi Julai 2025 seperti di bawah
Bil | Perkara | Tarikh | Tindakan | ||||
1. | Sistem permohonan ke ILKBS dibuka | 14/4/2025 | Pemohon lepasan SPM 2022-2024 adalah melalui UPUonline dan Portal TVET Madani. Permohonan dari calon SPM 2021 dan kebawah adalah melalui borang manual di mana-mana ILKBS yang berdekatan | ||||
2. | Permohonan UPUSkills
| Bagi calon lepasan Sijil SKM/ SKT atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap | |||||
3. | Semakan Panggilan temuduga program lepasan SKM/ ST/ DKM Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Julai 2025 (Lepasan SPM) Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Julai 2025 (Lepasan SKM/ST) | 2 – 13 Jun 2025
11 Jun 2025
11 Jun 2025 | Panggilan temuduga akan dihubungi oleh pihak ILKBS yang berkaitan
Keputusan tawaran di UPUonline dan https://ekampus.kbs.gov.my/site/login | ||||
4. | Pengesahan terima atau tolak tawaran ke ILKBS | 13 hingga 22 Jun 2025 | Pemohon yang berjaya | ||||
5. | Permohonan rayuan | — | Pemohon yang tidak berjaya | ||||
6. | Semakan keputusan rayuan | — | Pemohon yang membuat rayuan | ||||
7. | Pendaftaran pelajar baharu Sesi 2 2025 | — | Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) |
Maklumat tarikh dan perkara penting bagi kemasukan ke ILKBS sesi Julai 2025 adalah masih tertakluk kepada pindaan. Sila layari Portal rasmi eKampus untuk keterangan lanjut
Mekanisme Permohonan Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan
Permohonan Online ILKBS Sesi Julai 2025
- Sistem Permohonan eKampus (Lepasan SKM/ST)
- Sistem Permohonan TVET (Lepasan SPM)
Permohonan Manual Di ILKBS Berdekatan :
Permohonon kemasukan program latihan kemahiran di Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) bagi pengambilan sesi Julai 2025 adalah melalui Permohonan UPUonline dan Laman TVET Madani (Untuk lepasan SPM 2022-2024). Pemohon perlu membeli nombor pin di BSN berharga RM15.60.
Kategori A (bagi calon lepasan SPM tahun 2024) dan Kategori B (bagi calon lepasan SPM 2022 – 2023)
Calon yang menduduki SPM tahun 2021 dan kebawah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS (IKTBN/ IKBN/ AKBG) secara manual di mana-mana ILKBS yang terdekat
Syarat Umum Kelayakan Permohonan ILKBS (IKBN) 2025
- a. Warganegara Malaysia
- b. Boleh membaca dan menulis
- c. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- d. Belum berkahwin (bujang)
- e. Sihat tubuh badan
- f. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
- g. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam / Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
- h. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
- i. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
- j. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Bidang-Bidang Utama Di IKBN
Bidang-bidang utama yang ditawarkan di IKBN adalah seperti berikut:
- Teknologi Mekanikal
- Teknologi Marin
- Teknologi Automotif
- Teknologi Hospitaliti
- Teknologi Awam
- Teknologi Fotografi
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Maklumat
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Personal
- Teknologi Tekstil
- Teknologi Sukan
- Teknologi Pertanian
- Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Senarai Institut (Lepasan SPM)
- Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Senarai Institut (Lepasan SKM/ST)
- Maklumat Lengkap 13 Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
Peringkat Program
- Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) tahap 1 hingga 5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
- Diploma MQA
Hubungi/ Pertanyaan
Sekiranya pemohon menghadapi masalah semasa pendaftaran atau permohonan kemasukan ataupun ingin membuat sebarang pertanyaan lain yang berkaitan, pemohon boleh hubungi talian berikut:
- 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03 8871 3690
Maklumat lengkap berhubung dengan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), pemohon boleh klik judul pautan yang disertakan di bawah
Baca juga : Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke ILKBS Sesi Januari/ Julai 2025
Permohonan Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) atau IKBN lepasan SPM Setaraf / lepasan Pensijilan Kemahiran Malaysia bagi kemasukan sesi seterusnya adalah melalui UPU Online dalam kategori Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan kemasukan Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) atau IKBN lepasan SPM Setaraf melalui UPUonline, sila rujuk kepada judul pautan di bawah