Puasa ganti atau qadha adalah bagi menggantikan (membayar) kembali puasa Ramadan (Puasa Wajib) mengikut jumlah bilangan hari yang ditinggalkan atas sebab-sebab yang tertentu.
Puasa Ganti Ramadhan Serta Puasa Sunat 6 Syawal
Bagi yang mula menggantikan Puasa Ramadhan di bulan Syawal, ada yang bertanya, bolehkah melafazkan gabungan niat pada satu masa iaitu untuk puasa ganti (Puasa Ramadhan) dan puasa sunat (Puasa Enam Hari di bulan Syawal) dengan bertujuan menunaikan kedua-dua puasa itu secara serentak.
Setelah kami merujuk kepada kandungan sesi soal jawab agama berhubung dengan perkara ini, ia menjelaskan bahawa Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat.
Oleh itu, hendaklah dilakukan secara berasingan kerana ia lebih baik (afdal). Bagaimanapun ada segelintir pendapat mengatakan dibolehkan untuk disatukan antara Puasa Qada dengan niat Puasa Sunat (Puasa Enam).
Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan Dan Panduan Puasa Sunat 6 Syawal
Sekiranya masih lagi musykil atau keliru tentang perkara ini, sebaiknya mendapatkan penjelasan lanjut dengan menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) atau membaca teks lampiran panduan yang disertakan di bawah.
Terdapat beberapa pendapat tentang mana patut buat dahulu di antara Qada dan Sunat ini, namun pendapat umum ulama’ mengatakan dibolehkan Puasa Sunat Syawal dahulu baru Puasa ganti kerana tempoh Syawal adalah sebulan sahaja.
Hukum Gabung Puasa Ganti Ramadan Dan Puasa 6 Syawal

Selepas kami meneliti hujah-hujah sahih yang disertakan menunjukkan bahawa Qadha puasa Ramadhan bersekali dengan puasa 6 Syawal dibolehkan. Namun, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadhan yang ditinggalkan itu dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.
Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
- Bahasa Rumi: Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhana lillahi taala.
- Maksud: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Menunaikan Puasa ganti (Puasa Ramadan) dibolehkan sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang, namun sebaik-sebaiknya elakkan daripada bertangguh.

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
Waktunya adalah selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya. Walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah, contohnya seperti di hari raya. Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

Lafaz Niat Puasa Sunat Enam Syawal
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”
Dalam bulan Syawal, hari raya pertama sahaja diharamkan berpuasa. Pada hari berikutnya sudah boleh menunaikan puasa sunat enam hari berturut-turut atau berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.
Lafaz Niat Puasa Qadha’ Ramadhan Beserta Niat Puasa 6 Syawal
“Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala”

Tidak Sempat Ganti Puasa, Wajib Bayar Fidyah
Bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa yang telah ditinggalkan sebelum ini di mana wajib untuk qada’ puasa sebelum bermulanya ramadhan akan datang, individu tersebut hendaklah membayar fidyah.
Apa itu fidyah?
Fidyah adalah denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib di atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melawatkan puasa ganti hingga tiba bulan Ramadan seterusnya. Fidyah adalah memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat dan hendaklah menggandakan fidayh tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkaunya.
Berapa bayaran fidyah?
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah. Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan sehingga tahun 2019 iaitu secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM4.
- Formula kiraan
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah - Contoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah :
RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00.
Bagi negeri-negeri lain, sila rujuk jabatan agama Islam negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.
Berikut adalah keadaan-keadaan di mana seseorang itu wajib mengqada atau membayar fidyah sekiranya meninggalkan puasa.



