Dividen KWSP EPF 2025-2026 Jumlah Kadar Peratus Pengagihan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan institusi yang memainkan peranan penting dalam kehidupan pekerja di Malaysia. Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 sudah dilalui, perhatian kini tertumpu kepada pengumuman kadar peratus dividen bagi tahun tersebut yang dijadual diumumkan pada pertengahan hingga akhir bulan Februari 2026 atau selewat-lewatnya pada awal bulan Mac 2026.

Dividend KWSP (EPF)

KWSP sentiasa berusaha memastikan pulangan yang baik melalui pelaburan strategik. Ini adalah salah satu faktor utama membolehkan KWSP mengisytiharkan dividen memuaskan kepada pencarum. Beberapa tahun kebelakangan ini, KWSP telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk diversifikasi pelaburan mereka termasuk pelaburan pasaran saham, hartanah dan pelbagai instrumen kewangan lain. Kejayaan pelaburan ini akan memberi impak positif terhadap kadar dividen bakal diumumkan.

Suasana ekonomi kian mencabar, di mana kos sara hidup terus meningkat, pencarum KWSP terutamanya dari sektor swasta semakin berharap agar dividen yang diisytiharkan untuk tahun berakhir 31 Disember 2025 akan lebih tinggi. Kenaikan kos hidup ini telah memberi tekanan kepada kemampuan mereka untuk menyimpan daripada gaji bulanan. Oleh itu, pengumuman kadar dividen memberangsangkan bukan sahaja akan memberikan kelegaan tetapi juga meningkatkan keyakinan pencarum terhadap simpanan mereka.

Bagi ramai pencarum, KWSP adalah satu-satunya sumber simpanan untuk hari tua mereka. Justeru, mereka mengharapkan kadar agihan dividen yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Setiap sen yang diterima dalam bentuk dividen adalah sangat berharga dan boleh membantu mereka merancang kehidupan selepas bersara.

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2025

Bagi tahun kewangan berakhir 2025, pengumuman kadar dividen dijadualkan pada awal suku pertama tahun 2026, lebih tepat lagi dalam lingkungan pertengahan hingga penghujung bulan Februari atau awal bulan Mac.

Sebagai pencarum, adalah penting sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini mengenai simpanan dan pelaburan KWSP. Penyata Ahli yang memberikan gambaran jelas tentang status simpanan individu, boleh diperoleh melalui laman web dan aplikasi i-Akaun (Ahli), kaunter-kaunter cawangan KWSP, kios di premis KWSP serta kios di premis pihak ketiga.

KWSP sentiasa komited untuk memastikan semua ahlinya mendapat maklumat terkini mengenai pengumuman dividen. Semua ahli akan dimaklumkan melalui pelbagai saluran media termasuk media massa dan media sosial rasmi KWSP seperti Facebook dan Twitter (X).

Hari Pengumuman Dividen KWSP 2025

  • Tarikh: menanti pengumuman
  • Hari: akan dikemaskini

Kadar Dividen KWSP 2025 Terkini

  • Konvensional: ?%
  • Shariah: ?%
Kadar Peratus Dividen KWSP 2025 Terkini
TahunKonvensionalShariah
2025?%?%

Info Konvensional Dan Shariah

Bermula pada 1 Januari 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melangkah ke arah lebih inovatif memperkenalkan pilihan simpanan persaraan berteraskan konsep syariah dikenali sebagai Simpanan Shariah. Inisiatif ini memberikan peluang kepada para pencarum meraih keuntungan yang mematuhi prinsip-prinsip syariah.

KWSP kini menawarkan dua skim simpanan yang berbeza iaitu skim Konvensional dan skim Shariah. Ini membolehkan para pencarum untuk membuat pilihan paling sesuai berdasarkan keperluan serta nilai-nilai peribadi mereka.

Sejarah Pengagihan Dividen KWSP

Carta Sejarah Pengagihan Kadar Peratus Dividen KWSP Tahun 2023 – 1952
TahunKonvensionalShariah
20246.30%6.30%
20235.50%5.40%
20225.35%4.75%
20216.10%5.65%
20205.20%4.90%
20195.45%5.00%
20186.15%5.90%
20176.90%6.40%
20165.70%
20156.40%
20146.75%
20136.35%
20126.15%
20116.00%
20105.80%
20095.65%
20084.50%
20075.80%
20065.15%
20055.00%
20044.75%
20034.50%
20024.25%
20015.00%
20006.00%
19996.84%
19986.70%
19976.70%
19967.70%
19957.50%
1994 – 19888.00%
1987 – 19838.50%
1982 – 19808.00%
19797.25%
1978 – 19767.00%
1975 – 19746.60%
1973 – 19725.85%
19715.80%
1970 – 19685.75%
1967 – 19655.50%
19645.25%
19635.00%
1962 – 19604.00%
1959 – 19522.50%

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."