Harga Bayaran Denda Mykad IC Hilang: Jangan Buat Laporan Palsu

Kehilangan MyKad atau kad pengenalan (IC) adalah satu isu sering dihadapi oleh ramai warganegara Malaysia. Kehilangan MyKad memang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun ia tidak harus menjadi alasan untuk melakukan kesalahan lain seperti membuat laporan palsu di balai polis.

Denda MyKad Hilang Atas Kecuaian Sendiri

Kehilangan MyKad boleh berlaku atas pelbagai faktor termasuk keciciran, tertinggal di tempat awam atau lupa meletakkannya di tempat selamat. Situasi ini biasanya dianggap sebagai kecuaian sendiri dan bukan disebabkan oleh sebarang unsur jenayah.

Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menetapkan kadar bayaran denda bagi gantian baru Mykad kepada individu kehilangan MyKad akibat kecuaian sendiri.

Kadar Denda Buat MyKad Baru

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menetapkan kadar bayaran denda dikenakan kepada individu warganegara Malaysia kehilangan Mykad atas kecuaian sendiri.

Bayaran bagi kehilangan kes kecuaian sendiri kali pertama adalah pada kadar RM100 manakala kehilangan kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya RM1,000. Denda itu tidak termasuk dengan bayaran permohonan.

Bagaimanapun, pengecualian kadar bayaran diberikan kepada orang kurang upaya warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

Kadar Bayaran Denda MyKad Hilang
Kehilangan Bayaran Denda Jumlah + Caj
Kali PertamaRM100RM110
Kali KeduaRM300RM310
Kali Ketiga, SeterusnyaRM1,000RM1,010

Sila Rujuk: Prosedur Permohonan Gantian MyKad Hilang

Kesalahan Buat Laporan Palsu

Satu kesalahan sering dilakukan oleh individu kehilangan MyKad adalah membuat laporan polis palsu. Ada mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa jenayah seperti rompakan atau kecurian semata-mata hendak mengelakkan dari dikenakan denda oleh JPN. Namun, tindakan ini sangat berisiko dan boleh membawa kepada implikasi undang-undang.

Jika didapati bersalah membuat laporan polis palsu, anda boleh didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kejadian hanya rekaan semata-mata lebih mudah dikesan dan akibatnya, anda bukan sahaja berdepan dengan denda untuk kehilangan MyKad tetapi juga tindakan undang-undang yang lebih merugikan diri sendiri.

Peringatan Tindakan Buat Laporan Palsu

  • Sekiranya anda di dapati bersalah kerana membuat laporan polis palsu anda akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
  • Anda jangan anggap pihak polis tidak akan membuat siasatan lanjut ke atas laporan tersebut, PDRM memandang serius setiap laporan polis yang di buat oleh orang awam lebih-lebih lagi jika melibatkan kes jenayah yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa.
  • Setiap keterangan anda akan diteliti dengan terperinci bersama siasatan serta butiran-butiran fakta yang diberikan sehingga pihak polis berjaya mengesan keraguan mahupun kecurigaan terhadap kes yang dilaporkan. Apatah lagi kalau kejadian itu hanya rekaan semata-mata, lagi mudah ia di kesan sebagai laporan palsu.

Video Penjelasan

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."