Contoh Surat Permohonan Rayuan Tidak Hadir PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu inisiatif kerajaan bertujuan membentuk rakyat Malaysia berbilang kaum menjadi individu berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai semangat cintakan negara.

PLKN 3.0: Kewajipan Kehadiran Dan Peraturan Perlu Dipatuhi

Mengikut Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2011 (Akta 628), mana-mana individu yang dipanggil menyertai latihan wajib hadir dan mematuhi arahan sepertimana ditetapkan.

Kegagalan hadir tanpa alasan munasabah atau pengesahan masalah kesihatan disahkan oleh pakar perubatan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadap individu berkenaan. Ini termasuk denda tidak melebihi RM3,000, penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Akta Latihan Khidmat Negara
Bil.Pautan Rujukan
1.Akta Latihan Khidmat Negara 2023
2.Akta Khidmat Negara 1952

Kehadiran pelatih adalah syarat utama perlu dipenuhi dan ia dilindungi oleh undang-undang yang tegas.

Walaupun terdapat ruang pengecualian atas sebab-sebab tertentu, proses permohonan harus dilakukan secara rasmi dan disokong dokumen yang sah. Kegagalan hadir tanpa alasan munasabah boleh membawa kepada tindakan undang-undang yang berat, termasuk denda dan hukuman penjara.

akta tak hadir plkn

Tindakan Jika Tidak Mematuhi Panggilan

Mana-mana individu dipanggil tetapi tidak hadir tanpa alasan munasabah bakal  berdepan dengan tindakan undang-undang. Mengikut undang-undang, mereka yang gagal mematuhi panggilan ini boleh dikenakan denda atau tindakan lain ditetapkan di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2011.

Sebagai penegasan, tindakan tersebut termasuk:

  • Denda tidak melebihi RM3,000.
  • Penjara tidak lebih enam bulan.
  • Kedua-duanya sekali, bergantung kepada seriusnya pelanggaran.

Oleh itu, adalah penting semua pelatih dan waris mereka memahami bahawa kehadiran dalam PLKN adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipandang ringan.

Mengabaikan arahan tanpa alasan kukuh bukan sahaja menjejaskan peluang individu menyertai program tetapi juga berisiko menjejaskan masa depan mereka dari segi undang-undang.

Contoh Surat Permohonan Rayuan Tidak Hadir

Walaupun kehadiran adalah wajib, pihak pengurusan program memahami bahawa terdapat situasi tertentu yang memerlukan pengecualian daripada penyertaan dalam PLKN.

Kerajaan menyediakan ruang kepada individu yang tidak dapat menyertai program atas sebab-sebab tertentu, seperti:

  1. Masalah kesihatan yang serius dan disahkan oleh doktor pakar.
  2. Komitmen pendidikan atau pekerjaan yang tidak dapat dielakkan, contohnya peperiksaan penting atau tanggungjawab kerja yang kritikal.
  3. Situasi keluarga yang memerlukan perhatian dan penglibatan secara langsung.

Dalam situasi sebegini, individu perlu mengemukakan permohonan rasmi untuk pengecualian dan melampirkan dokumen sokongan yang sahih bagi membuktikan alasan dikemukakan.

Proses ini adalah penting bagi memastikan bahawa pengecualian diberikan secara adil dan berlandaskan kepada keperluan sebenar. Berikut adalah contoh cara buat surat Permohonan Untuk Tidak Hadir PLKN.

Nama,
Alamat Pelatih.

 

Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Kementerian Pertahanan Malaysia,
Bangunan Zetro, 2-5,
Jalan 9/27c,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Tuan,

Permohonan Pengecualian Daripada Menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025.

Berhubung dengan perkara di atas. Saya, Mohd Ali Bin Hassan adalah peserta PLKN Siri 2/2025 yang terpilih menjalani latihan di Kem Latihan (nama dan alamat kem). Saya ingin memohon pengecualian daripada menyertai program tersebut atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan.

2. Berdasarkan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan pada tarikh tertentu, pegawai perubatan di klinik kesihatan kerajaan telah memberi peluang kepada saya untuk menangguhkan penyertaan ke dalam PLKN atas alasan masalah kesihatan yang serius. Selain itu, pemeriksaan lanjutan yang dijalankan pada (tarikh) di Hospital (nama hospital) turut mengesahkan bahawa saya tidak sesuai untuk menyertai latihan ini.

3. Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengalami kecederaan di bahagian bahu yang dikenali sebagai recurrent bilateral shoulder dislocation. Kecederaan ini berlaku pada tahun (nyatakan tahun) dan menjadi semakin serius apabila saya mewakili pasukan kelab bola sepak Negeri Kedah (nyatakan sebab-sebab tertentu, misalnya perlawanan penting, latihan intensif, dan sebagainya) pada bulan (nyatakan bulan). Kecederaan ini tidak membenarkan saya melakukan aktiviti fizikal lasak kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada kedua-dua bahu saya, yang berpotensi memperburuk keadaan dan memburukkan lagi kesihatan saya.

Sehubungan itu, saya memohon jasa baik Tuan/Puan untuk mempertimbangkan permohonan ini dan memberi kelulusan pengecualian daripada menyertai PLKN Siri 2/2025 bagi membolehkan saya mengutamakan rawatan dan pemulihan kesihatan saya. Bersama surat ini, saya turut sertakan dokumen sokongan bagi mengesahkan permohonan pengecualian ini.

Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………..
MOHD ALI BIN HASSAN
(No. Kad Pengenalan:)
Alamat: (alamat penuh)
No. Telefon: (nombor telefon)
Tarikh: (tarikh surat)

Surat di atas hanyalah contoh sahaja, untuk lebih formal, anda boleh rujuk format surat rasmi. Disamping surat rasmi anda perlu sertakan dokumen sokongan yang diperlukan bagi mengesahkan permohonan pengecualian anda untuk tidak menyertai PLKN.

Sebarang maklumat lanjut sila layari laman web Rasmi:

Panduan Menulis Surat Rasmi

panduan tulis surat rasmi

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."