Cara Pangkah Kertas Undi Pilihan Raya PRU, PRN, PRK

Proses pilihan raya memainkan peranan penting menentukan hala tuju kepimpinan negara. Ia merupakan satu mekanisme demokrasi yang memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin mentadbir dan membuat keputusan besar demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan negara.

Sejarah Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957. Penubuhan SPR bertujuan memastikan proses pilihan raya di Malaysia dijalankan mengikut lunas undang-undang sepertimana ditetapkan.

Menurut Perkara 114 Perlembagaan Malaysia, kuasa dan tanggungjawab utama SPR adalah menguruskan segala urusan berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRN) di seluruh negeri.

sejarah penubuhan suruhanjaya pilihan raya

Fungsi Utama SPR

Selain bertanggungjawab mengadakan pilihan raya, SPR turut berperanan mendaftarkan warganegara yang layak mengundi selain memastikan daftar pemilih dikemas kini dan tepat serta menjalankan kajian semula persempadanan semula kawasan pilihan raya supaya proses pengundian berlangsung secara adil dan saksama.

Tugas ini penting bagi memastikan setiap undi mempunyai nilai sama dan tidak berlaku ketidakadilan yang boleh menjejaskan integriti proses pilihan raya.

Struktur Organisasi SPR

SPR diketuai oleh seorang Pengerusi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Bersama beliau, terdapat seorang Timbalan Pengerusi dan lima ahli suruhanjaya berpengalaman dan berwibawa.

Struktur ini memastikan proses pengurusan pilihan raya berjalan lancar dan mengikut prosedur ketat, di samping menjamin ketelusan dan keadilan setiap langkah diambil.

cara pangkah kertas undi pilihanraya

Proses Dan Langkah Pengundian

Hari mengundi merupakan hari penting bagi setiap pengundi kerana mereka berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.

Berikut adalah proses serta langkah-langkah yang perlu diketahui dan diikuti oleh pengundi bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar dan tertib:

Ketibaan Di Tempat Mengundi

Pengundi perlu masuk ke tempat mengundi apabila diberi izin oleh anggota polis yang mengawal. Mereka wajib menunjukkan dokumen pengenalan diri seperti MyKad atau dokumen lain yang sah kepada kerani pengundian pertama dan kemudian kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan.

Pendaftaran Dan Pengesahan

Kerani pengundian pertama akan menyerahkan MyKad atau dokumen pengenalan kepada kerani pengundian kedua dan meminta pengundi menyatakan nama serta nombor kad pengenalan. Pastikan maklumat tersebut tepat dan sama seperti dalam daftar pemilih.

Penandaan Jari

Pengundi akan diminta mencelup jari telunjuk tangan kiri ke dalam dakwat pilihan raya untuk tujuan penandaaan. Ini bertujuan mengelakkan pengundian berganda dan memastikan setiap pengundi hanya mengundi sekali sahaja.

Penerimaan Kertas Undi

Setelah selesai, pengundi akan menerima kertas undi daripada kerani pengundian ketiga. Mereka perlu menuju ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit dan memastikan semua proses di dalam kawasan pengundian berlangsung di hadapan ejen-ejen yang bertugas.

Proses Mengundi

Pengundi akan masuk ke dalam petak undi dan menandakan “X” pada ruang bersebelahan nama dan simbol calon pilihan mereka menggunakan pen. Hanya satu calon sahaja yang perlu dipilih. Selepas menandakan, kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi yang disediakan.

Penamatan Proses

Selepas selesai mengundi, pengundi perlu kembali ke meja KTM untuk mengambil telefon bimbit dan meninggalkan kawasan mengundi. Mereka disarankan meninggalkan tempat tersebut dengan tertib dan segera supaya proses pengundian tidak terganggu.

Cara Betul Tanda Kertas Undi Pilihan Raya

cara tanda kertas undi pilihan raya

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."