Bermulanya Ramadhan dan dikuti dengan menjelangnya Aidilfitri, kakitangan atau penjawat awam mahupun pesara awam pastinya akan membayangkan berita baik dari kerajaan iaitu pemberian bonus saguhati atau duit raya sempena perayaan tersebut.
Duit Raya Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan
Bagi penjawat awam, mereka bukannya mengamalkan sikap terlalu mengharapkan pemberian bonus tetapi ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ketika membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari-hari biasa.
Dalam suasana ekonomi sekarang, warga kakitangan kerajaan perlu juga memahami kedudukan kewangan dan keutamaan yang harus diberikan oleh kerajaan kepada rakyat keseluruhannya dan negara. Seandainya kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pemberian bonus (duit raya) Aidilfitri, itu bukan bermakna kerajaan tidak prihatin soal kebajikan penjawat awam.
Kemudahan Penjawat Awam
Apa yang diperhatikan, sudah banyak kemudahan yang lebih besar nilainya daripada pemberian bonus diberi kepada penjawat awam. Antara sedar atau tidak, pelbagai bentuk kemudahan disediakan untuk penjawat awam baik pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan dan perubatan hospital, kemudahan melanjutkan pelajaran dan pelbagai elaun.
Tidak keterlaluan rasanya mengatakan kerajaan Malaysia adalah antara yang paling prihatin di dunia terhadap penjawat awamnya kerana setiap tahun kerajaan memberikan bayaran bantuan khas terutamanya bersempena dengan perayaan untuk penjawat awam dan tidak lupa juga kepada pesara.

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2026
Kerajaan Malaysia MADANI mengumumkan memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada penjawat awam serta RM250 bagi pesara melibatkan pembayaran pada awal bulan Mac 2026 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Bantuan kewangan ini memberi keselesaan kepada penjawat awam, pesara dan veteran bagi menyambut Aidilfitri. Langkah ini turut menzahirkan rasa terima kasih kerajaan atas dedikasi dan komitmen penjawat awam yang sentiasa berjuang memastikan kelangsungan dan kestabilan perkhidmatan awam negara.
BKK Penjawat Awam
- Jumlah: RM500
- Tarikh Bayaran: Awal Bulan Mac 2026
BKK Pesara Kerajaan & Veteran
- Jumlah: RM250
- Tarikh Bayaran: Awal Bulan Mac 2026


